Wednesday, December 31, 2008

HSBC Housemaker Loan

Alhamdulillah!!! Permohonan untuk melangsaikan pinjaman perumahan yang saya buat pada 17hb Disember lepas kat EPF, telahpun diluluskan. Hari Isnin lepas saya dah pun terima cek dari EPF berjumlah RM61,XXX.XX. Penerimanya ialah HSBC. Alhmadulillah. Hari tu staff EPF tu kata boleh check status permohonan dalam masa 3 minggu. Ini tak sampai pun 2 minggu dah pun dapat cek. Alhamdulillah....! Senang sikit hati. At least lepas ni tak perlu fikir pasal hutang rumah lagi. Alhamdulillah! Ade le duit poket lebih sikit...hehehe.



Dan tadi saya pun called ke HSBC tanya camana nak bagi cek tu pada HSBC. Staff tu kata, just bank-in kan aje kat mesin deposit tu sebab kat cek tu pun dah ada tertera nombor akaun pinjaman rumah saya. So tadi saya dan hubby pergi le ke HSBC cawangan Taman Molek. Dah selamat pun cek tu saya bank-in kan. Alhamdulillah... Tunggu HSBC proses And jumlah kat cek tu ada le lebih sikit dari baki yang sebenar. Tak banyak pun... less than 1K rasanya. Sebab balance loan statement tu dikeluarkan pada awal Disember dan saya bayar end of December. Dalam masa sebulan tu dah 2 kali saya bayar lagi (actually auto transfer from my other account...fortnightly instalment). Lepas ni boleh cari rumah lain lagi kot.......! Buat hutang lagi!!!



No comments: