Hari ni hari Sabtu. Semasa breakfast dengan hubby sebelum dia gi kerja tadi, kami makan Bingka Labu Manis yang aku masak malam tadi. Sambil2 minum tu, hubby "order" aku buat bingka tu sebijik lagi. Nak bawak balik kampung petang nanti. Okaylah, aku kata. Sebiji bingka tu memang tak abis kalau diamkan aje kat rumah aku ni. Anak2 aku tu setakat 1,2 potong aje makannya. Hmmm...akupun panjang2kan le ke rumah jiran sebelah dan dua belah.
Dah siapkan kerja2 rumah, aku pun mulalah mengupas labu untuk direbus. Ya Allah! Telur pulak tinggal sebijik aje. Since aku memang pakai baju kurung, then aku sambar tudung, kunci kereta, dompet, dan start enjin kereta. Adik laju je turunnya nak ikut. Aku terus menuju ke kedai. Tujuannya nak beli telud dan santan je. Biasalah, kalau Adik dah ngikut, ada aje benda yang dicapainya. Bukan saja untuk diri sendiri, tapi siap untuk abang2 dan kakak yang tinggal kat rumah.
Nasib baik nak prepare bahan2 bingka ni simple aje. Tapi biasalah kan...tengah buat yang ini, datang pulak yang itu. Tapi siap juga bingka aku. Insyaallah, akan sampai bingka ni ke Parit Ibrahim petang nanti.
Tengahari tu aku arahkan 2 hero tu untuk kumpulkan baju masing2 untuk di bawak balik petang nanti. Sebenarnya, aku tak dapat ikut hubby balik. Hubby akan balik bersama 3 hero. Aku tinggal kat rumah dengan Ayong. Sebab apa?
Ayong ada meeting pancaragam pukul 12 tengahari nanti. Lepas tu terus ada latihan pancaragam pukul 2 petang. So dalam 11:50 pagi aku gi hantar dia ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Latihan dan meeting pancaragam tu diadakan di stadium tu. Balik dari stadium tu baru aku suruh 2 hero tu kumpul baju masing2. Hubby balik dari office dalam 1:30 tengahari.
Dah semuanya ready, hubby load barang2 ke dalam kereta. Anak2 bawak bantal sebiji seorang. Senang nak tidur dalam kereta nanti. Mereka bertolak lebih kurang dalam pukul 2:30 petang. Lepas mereka pergi, tinggal aku sorang kat rumah. Boring la pulak! Tak boleh nak bising2 dengan anak2...
Pukul 5:15 petang pergi jemput Ayong kat stadium. Kawan dia, Nabila, tumpang kereta aku sekali. Dua2 mengadu lapar, tenghari tadi tak makan kata mereka. Nabila pulak akan tumpang kat rumah aku dulu sebab parents dia tak ada akt rumah. Mereka ke Kluang, menghadiri kenduri kahwin anak sepupu emak Nabila.
On the way balik rumah, aku singgah kat kedai runcit berdekatan tu. Beli frankfurter rolls, sosej, timun, salad, aiskrim dan french fries. Sampai rumah aku terus ke dapur. Ayong dan Nabil kat depan TV, tengok cerita Isteri Untuk Suamiku. Issshhhhh...! Aku kat dapur pun mulakan urgent operation. Basuh salad, hiris timun, belah roti, panaskan kuali dan pan, pecahkan telur. Goreng sosej dan french fries. Pung pang pung pang....siap le Simple Frankfurter Sandwich ni. Aku buat 3 biji untuk 3 orang (termasuk aku). Fries aku gorengkan untuk Ayong dan Nabila aje.
Inilah hasilnya.... Simple Frankfurter Sandwich.
Malam ini lagi le boring. Ayong awal2 lagi dah masuk bilik. Nak tidur katanya. Penat. Lagipun esok pagi pukul 7:00 pagi dah nak kena ada kat stadium lagi. Esok mereka ada persembahan pancaragam di Taman Kota Masai. Tinggal sorang lagi le aku esok.....! Kalau aku nak gi tengok pun, bukannya aku nak tunggu sampai ke petang! Katanya pukul 5:00 petang baru mereka balik.
Hmmm...aku baru terima call dari Adik kat kampung. Tau apa dia mintak ngan aku? Nak susu campur milo dalam botol! Camana aku nak bagi??? Dia jugak ngadu tangan kirinya sakit sebab jatuh petang tadi. Hubby, MIL, FIL dan BIL pergi ke rumah tunang BIL kat Part Sulong. Nak tetapkan tarikh langsung mereka.
Actually, adik lelaki hubby dan adik lelaki aku akan melangsungkan perkahwinan mereka cuti sekolah penggal pertama bulan Mac 2009 nanti. Masih ada konflik pasal tarikh kat dua2 pihak. Tak tetap lagi. Itu yang malam tadi mereka ke sana untuk menetapkan tarikh yang sebenarnya. Doa aku moga tak clash dengan tarikh adik aku. Kalau clash, camana yek???? Masalah ni....!!! Tunggu la keputusannya nanti...
Aku nak tengok tv lah pulak! Jumpa lagi ya!
No comments:
Post a Comment