Semalam (Sabtu), semasa tengah menghadiri kelas cupcake deco kat rumah Nina, hubby sms. Katanya, malam ni kena balik kampung dia jugak sebab Abang Ngah called suruh ambik. Actually Abang Ngah dan Abang Yang tinggal kat kampung Atoknya dah seminggu. Petang semalam Abang Ngah called. Katanya dia demam. Masa dia called tu pun, suaranya macam orang nak menangis kata hubby. Then sebaik saja saya balik dari kelas Nina, saya pun terus call Abang Ngah semula untuk bertanya khabar lagi.
Sebenarnya, bukan Abang Ngah yang demam, tapi Abang Yang yang demam. Panas sangat badannya sejak dari pagi tadi. Dia tidur aje dari tengahri tu. Masa saya called tu pun dia masih tidur lagi. Lagi kata Abang Ngah, sendi2 kat kaki Abang Yang sakit. Itu yang buat saya bertambah cemas. Kebetulan pulak Mak Long dan Nana baru aje baik dari demam Chikungunya. Abang Yang memang geng dengan anak lelaki Mak Long yang sebaya dengan dia tu, Aziq. Hari2 kat rumah Aziq aje.
Ahad (21hb) Ayong ada latihan pancaragam kat stadium. Since we have to go back then I rang Pn. Rosma (PBT In-charge of the band). Told her that Ayong couldn't attend the practice due to that reason. Lepas Maghrib baru kami bertolak dari rumah. Jammed pulak kat area Carrefour tu. Ingatkan jammed pasal dari 4 lorong tukar ke 2 lorong kat jambatan tu. Rupa2nya ada sebijik kereta rosak kat lorong kanan. Apa la punya turrrrr orang tu.... tolak le kereta tu ke bahu jalan. Tak le menyusahkan SEMUA pengguna lain!!!!
Lepas masuk higahway, singgah kat Petronas isi minyak dulu. 9:30pm dari Petronas (sebelum tol Skudai tu...) sampai rumah MIL lebih kurang 11:15pm. Terus ambik Abang Yang dan bawak ke klinik. Klinik 24jam yang ada cuma di bandar Muar je. Lepas turunkan Ayong dan Adik, kami ke bandar Muar pulak. Sampai klinik tu, mujur orang tak ramai. Doktor tu kata demam biasa je. Dia bagi ubat demam, antibiotik dan sakit2 sendi. Sepanjang perjalan pergi dan balik klinik, Abang Yang tidur aje. Saya rasa suhu badannya panas sangat. Sampai rumah, terus basahkan tuala dan selimutkan dia. Memang dia rasa sejuk tapi itu satu cara untuk kurangkan suhu badan yang terlampau. Siang tadi Atok dah bagi minum air kelapa sebiji dan jugak jugak minum 100Plus. Masa kami sampai malam tu, cuma MIL, Abang Ngah dan Abang Yang aje yang ada kat rumah. FIL dan BIL semua pergi rewang. Ahad tu ada kenduri kahwin kat kawasan tu.
Alhamdulillah!! Bangun pagi2 suhu badannya dah kembali normal cuma kakinya yang masih terasa sakit sikit lagi.
Pagi Ahad tu saya dan hubby pergi ke Pekan Ahad di Semerah. Aziq dan Abang Yang ikut sekali. Adik jalan2 dengan Abang Ngah... naik motor.
Ada buaya tengah dayung sampan....!!!
Dan antara barang2 jualan yang terdapat di sana ialah spt di bawah :
Bunga orkid lahh...! Sayur2an, ikan, udang, ketam.....
Saja jamu mata.....
Perjalanan balik berjalan lancar, tak ada sangkut kat mana2. 9:00pm dah sampai rumah. Alhamdulillah!!! Adik menyambung tidurnya yang terganggu sekejap tadi. Hubby keluar semula utk beli dinner. Mee hoon sup dan nasi paprik. Lepas makan dan makan ubat, Abang Yang tidur lagi. Ayong pulak sibuk mengemaskan pakaian dan barang2 keperluan yang akan dibawa ke perkhemahan pancaragam esok. Dia ada Kem Pancaragam bermula dari Ahad (21hb) hingga Rabu (24hb). Tapi mereka cuma bermalam di sana bermula hari Isnin. Bermakna perkhemahan mereka ialah selama 4 hari 2 malam. Lepas siap berkemas barulah dia makan.
Dan saya masih lagi didepan PC bercerita......! Dah 2:30am hari Isnin rupanya! 7:00am Ayong dah nak berangkat. Nak tidur la kejap..... Jumpa lagi ya!
Saja jamu mata.....
Tiba masa untuk balik ke Pasir Gudang. Abang Ngah cuba memujuk saya utk benarkan dia tinggal seminggu lagi kat rumah Atok. Saya suruh dia cakap sendiri dengan abahnya sebab kalau dia tinggal, maknanya minggu depan kami kena balik lagi untuk ambik dia pulak. Muka dia dah monyok je takut2 tak dibenarkan. Sebab kasihankan dia, abahnya benarkan dia tinggal seminggu lagi. Bukan main senyum lebar lagi dia.....! Boleh le naik motor Pak Andaknya lagi....
Perjalanan balik berjalan lancar, tak ada sangkut kat mana2. 9:00pm dah sampai rumah. Alhamdulillah!!! Adik menyambung tidurnya yang terganggu sekejap tadi. Hubby keluar semula utk beli dinner. Mee hoon sup dan nasi paprik. Lepas makan dan makan ubat, Abang Yang tidur lagi. Ayong pulak sibuk mengemaskan pakaian dan barang2 keperluan yang akan dibawa ke perkhemahan pancaragam esok. Dia ada Kem Pancaragam bermula dari Ahad (21hb) hingga Rabu (24hb). Tapi mereka cuma bermalam di sana bermula hari Isnin. Bermakna perkhemahan mereka ialah selama 4 hari 2 malam. Lepas siap berkemas barulah dia makan.
Dan saya masih lagi didepan PC bercerita......! Dah 2:30am hari Isnin rupanya! 7:00am Ayong dah nak berangkat. Nak tidur la kejap..... Jumpa lagi ya!
No comments:
Post a Comment