Friday, December 5, 2008

Naik Bas 2 Tingkat!!!

Inilah bas 2 tingkat yang kami naik masa balik ke kampung hari tu. Naik kat Johor Jaya Square. Kami dapat tempat duduk kat depan sekali di Tingkat 2. Saujana mata memandang...!!!


Yang kat depan sekali kat tingkat atas tu lah saya dan si kecik. Abang Ngah dan Abang Yang duduk kat seat belakang saya. Ayong duduk kat seat yang untuk sorang, kat belakang sikit.

Boleh dikatakan sepanjag perjalanan saya susah untuk meleapkan mata. Si kecil tu pulak tak diam mulutnya bertanya itu dan ini. "Mak, ngapa kereta tu kat bawah?", tanyanya. Sebab dia dah duduk kat tingkat atas, bila pandang kereta yang lalu-lalang, macam kat bawah je kereta2 tu. Ha...camana nak jawab? Bila dia dah terlelap barulah tak ada soalan2 cepumas lagi...

Laju jugak bas ni. Bertolah dari Johor Jaya lebih kurang 9:45pm. Then singgah kat Larkin dan Taman Tun Aminah, ambik penumpang. Masuk tol Skudai pukul 11:30pm. Keluar tol Sg Besi jam 2:20am Isnin. Masuk semula tol Jalan Duta pukul 2:50am. Lepas tu bas ni berhenti kat situ lama jugak. 3:10am baru jalan semula. Keluar kat tol Simpang Pulai dalam 4:55am. Turunkan penumpang kat Stesen bas Jalan Gopeng sebelum meneruskan perjalanan ke utara. Sampai pekan Chemor dalam 5:30am. Hujan renyai2. Mak Su dan Pak Andak datang jemput. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah ibu tersayang!!!!

No comments: