Friday, December 19, 2008

Tapai Ubi Kayu

Ini tapai ubi kayu. Tapi bukan saya yang buat. Tak reti nak buat tapai la...! Ini ibu mertua saya yang buat. Hubby bawak balik dari kampung hari Ahad lepas. MIL buat banyak sebab bawak gi mengunjung ke rumah bakal menantunya kat Parit Sulung. Mereka ke sana sebab berbincang untuk menentukan tarikh langsungnya. Dan telah ditetapkan 8hb. March 2009 nikah dan sanding kat rumah pengantin perempuan. Seminggu lepas tu baru buat kat rumah MIL. Maknanya masa kenduri kat rumah MIL tu, family saya kat Perak pulak pergi ke Perlis sebab adik lelaki saya pun lengsung jugak pada hari yang sama. Tak dapat le saya nak pergi Perlis lagi. Ingatkan boleh le pergi Padang Besar lagi.

Nantilah saya citer lagi pasal majlis ni nanti kat n3 akan datang yek...

2 comments:

Papa-Itam said...

sedapnyer ...dah lama tak pakai tapai ubi...balik johor ni musti leh makan tapai sedap....

Azita said...

sebenonya, saya ni tak pernah menyentuh @ makan sikit pun semua jenis tapai. tapi kalau mak buat apam guna tapai nasi, makan le pulak!!!