Semalam (sebab sekarang dah hampir 2am hari Khamis), kami berkorban lagi setelah berkorban 10 Zulhijjah ari tu. Yang tu join dengan rakan2 setaman dalam kumpulan Yassin. Yang ni pulak, hubby group dengan kawan2 sekerja dia. Aktiviti ni dah bermula sejak tahun lepas (2007). Hubby bersama 5 kengkawan dia menabung RM30 sorang sebulan. Campur tolak darab bahagi adalah dalam lebih kurang RM2520 setahun. Mana yang kurang mereka akan top-up, bergantung kepada harga pasaran sekarang. Lepas tu setiap dari mereka akan cari kat mana boleh dapat lembu yang besar, murah dan hampir dengan tempat tinggal kami (semua mereka tinggal kat area Pasir Gudang je...).
Tahun lepas mereka buat kat Simpang Renggam, kat rumah ayah salah sorang dari mereka (but not my hubby). This year my hubby dapat cari supplier yang paling hampir dengan kawasan sini. Kat Cahaya Baru. RM2600 siap sembelih.
So mereka plan untuk buat aktiviti korban tu semalam (Rabu, 12 Zulhijjah / 10 Dec 2008). Sepatutnya hubby and the gang akan bersama2 ke tempat sembelihan tu. Tapi atas sebab2 yang memang tak dapat nak dielakkan, hubby dan 3 orang lagi tak dapat menghadirkan diri. Tugas2 tu diserahkan kepada 2 orang lagi geng mereka - Bob dan Mursyid (BnM).
Kat dalam gambar bawah ni, yang baju putih tu Bob dan yang sorang lagi tu Mursyid. Merekalah yang menguruskan sembelihan sampai le ke proses melapah. Lepas disembelih, lembu tu di bawak ke rumah salah sorang dari mereka kat Taman Mawar (rumah Rosli). Kat situ le proses seterusnya dilakukan - melapah, menimbang, membahagi, menanam, memasak dan memakan....!
Mereka ini adalah tenaga kerja muda yang didatangkan khas menggantikan bapa2 mereka yang tak dapat hadir hingga ke saat proses melapah hampir siap (including my hubby)...
Inilah rupa kepala lembu yang dah ditobek pipinya...
Dalam pukul 4:00 petang, proses melapah dan menimbang hampir siap. Masa tu cuma my hubby dan tuan rumah aje lagi yang masih tak dapat menghadirkan diri. Since my hubby tak boleh nak turut serta, aku dan 2 orang anak bujang aku turut menyumbangkan tenaga bersama mereka. Tugas aku ialah menimbang dan membungkus daging. Setiap bungkusan dengan berat timbangan 1kg. Siap membungkus daging, aku membahagikan pulak organ2 dalaman seperti jantung, paru2, hati dan limpa. Merasa la aku memegang jantung lembu tu bulat2. Tapi sayang, tak de sapa nak snap gambar aku. So tak ada memori la...
At the same time, puan rumah dan 2,3 orang kaum ibu menyediakan sup tulang untuk santapan kami setelah selesai segala tugas2 nanti. Seperiuk beso...!
Masa orang tengah mengorek tanah untuk menanam kepala dan baki2 yang tidak dikehendaki, baru la hubby sampai. Sempatlah jugak dia memasukkan kepala lembu tu ke dalam lubang yang telah digali....
Masa untuk makan sup tulang!!!!

Anak2 sedang menjamu selera dengan sup tulang cicah dengan roti slice. Mereka kelaparan sebab bermain bolasepak kat depan tu tadi...
Inilah hubby and the gang (kecuali pakcik yang berkopiah tu...). Sebelah kanan pakcik tu le tuan rumah!
Since aku yang jadi jurufotonya, cuma inilah aje yang dapat aku snap. Gambar aku sendiri pun tak ada. Kesian aku!!!

2 comments:
kak Ita...cik Rosli tu mcm kenal ler..tp opsss takut salah org :) dia dok tmn mwr jln bape erk?? dulu kita dok sewa tmn mawar gak...pas tu pnh ngaja kt tdka tmn mwr..nway..kak ita dok keja ker???? :)
yer ke? no jln x ingat tapi umah dia betul2 kat sblh pencawang TNB, kat sblh sekolah tahfiz tu! dulu k.ita memg kerja, kat Kiswire. kerja since 1992 sampai la 2007. as IT Manager. tapi skrg duk rumah je. surirumah sepenuh masa. blum rasa nak keja lagi la...!
Post a Comment