Sunday, December 14, 2008

Happy 4th. Birthday to Adik...

Hari ni genap unur Adik 4 tahun. Tapi aku tak dapat celebrate birthday Adik sebab Adik tak ada kat sini. Aku sekarang sorang diri aje kat rumah ni. Kesiannya aku.... uhuk.. uhuk.. uhuk.. (nangis!!).

Semalam hubby balik kampung dengan 3 hero aku tu. Aku tak dapat nak ikut sebab Ayong semalam ada latihan dan hari ni ada persembahan pancaragam. Agaknya Ayong tengah meniup trombone dia tu... Hujan pulak dari awal pagi sampai sekarang tak berhenti lagi. Aku nak pergi tengok tapi tak tau dia main kat mana. Yang aku tau dia main kat Taman Kota Masai tapi dia sendiri tak tau kat area mana, jalan mana... Adui...!!! Bingung tinggal sorang2 ni...

Untuk Adik, Happy Birtday Adik!!! Cayang Adik....!!! Kalau Adik sampai awal malam ni boleh le celebrate dengan emak, abah dan Ayong. Abang Ngah dan Abang Yang tinggal kat kampung.

Untuk melepaskan rindu kat Adik, aku pun tengok2 le gambar2 masa celebrate birthday Adik yang pertama dan kedua dulu dan jugak gambar masa dia baru dilahirkan dulu.

Ini gambar Adik selepas 30 MINIT dilahirkan di Hospital Penawar Pasir Gudang.

Ini masa 1st. birthday Adik tahun 2005 dulu. Mula2 takut nak usik birthday cake dia.

Lepas tu..... hancussss kek dibuatnya!!!


Ini birthday Adik yang ke2.

Koleksi gambar2 birthday untuk tahun 2007 semuanya hilang dari simpanan. Masa tu download kat dalam laptop. Tapi laptop tu dah lesap dalam kejadian rompakan bersenjata kat rumah kami awal tahun 2008 dulu. Masa tu tak sempat nak buat backup ke dalam external hard disk. So...hilang le gambar2 kenangan tersebut. Tak ada rezeki...!!! Bukan setakat gambar, banyak lagi dokumen2 kat dalam laptop tu. Aku paling sayang kat laptop tu. Laptop tu aku beli dalam bulan Ogos 2007, dan kejadian rompakan berlaku dalam bulan Januari 2008. Sony Vaio tuuuuu... mahal oooooo!!! Ngeri bila ingatkan semula kejadian awal pagi tersebut...

2 comments:

Tie said...

Salam Azita,

Kesian tinggal sorang2, ekk.

Pasal rompakan tu...eee...takutnya..mujur semua selamat,ye.. Mudah2an tuhan gantikan dengan limpahan rezeki yang lain..insyaallah.

Azita Zain said...

alhamdulillah, kami sekeluarga selamat. tapi masih teringat2. kadang2 x boleh tidur malam w'pun dah lama kejadian tu berlaku.. Ngeri!