Saturday, April 18, 2009

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-3

Petang tadi telah berlangsung majlis Ukhwatul Muslimah Taman Pasir Putih beserta Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat untuk kali ke-3. Tapi saya baru sempat menyertai 2 majlis sahaja sebab pada majlis yang ke-2 bulan lepas, saya tidak dapat menghadirkan diri kerana balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar di Muar. Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan untuk turut serta. Majlis tersebut telah diadakan di rumah Puan Noraina (Aina) di Jalan Selayang 13. Sebelah petang diadakan majlis untuk kaum ibu manakala unutk kaum bapa pula akan diadakan di sebelah malam selepas solat Maghrib.

Majlis petang tadi dimulakan dengan Zikir Munajat, bacaan Tahlil, bacaan Yassin dan doa selamat. Kemudian diikuti oleh tazkirah ringkas oleh Kak Izan. Tazkirah kali ini Kak Izan menyentuh tentang isu murtad. Beliau telah memperkenal sebuah buku yang ditulis oleh seorang mubaligh Kristian yang kini telah menjadi pengikut agama Islam yang sejati. Saya tidak dapat menyiarkan judul buku tersebut disini atas sebab2 tertentu tetapi daripada petikan yang telah dibacakan oleh Kak Izan tadi, membuatkan semua kami yang hadir menjadi begitu insaf dan hiba. Kak Izan sendiri merasa amat sebak sehingga menitiskan airmata semasa menyampaikan tazkirah tersebut. Saya pun ada terdengar2 kaum2 ibu yang "sok sek" jugak...nangis le tu! Saya pun sebak sebenarnya tapi cuba menahan airmata dari mengalir.... Allahhuakbar!

Selepas tu diadakan sedikit Marhaban bersempena Maulidur Rasul yang lalu. Saya lupalah nama makcik yang bawak majlis ni tapi makcik ni ialah emak kepada Aina, tuan rumah untuk majlis pada hari ini. Dan macam biasalah, penamat bagi setiap majlis mesti ada makan2, kan? So...jom makan!!! Tapi kali ini saya tak snap satu gambar pun sebab "malu" sikit hari ni. Dan disebabkan saya ni "on diet", saya cuma makan 3,4 biji kuih dan air saja. Yang lain2 tu saya tengok je. Rugi ke?? Taklah....!!!

Pertama kali saya berjumpa Kak Izan ialah pada majlis Ukhwatul Muslimah yang pertama dulu. Beliau juga yang membawakan tazkirah yang pertama. Pertama kali tengok muka beliau, saya rasa macam "jatuh hati" (macam orang bercinta le pulak...!). Wajahnya lembut je...sejuk rasanya bila memandang wajah Kak Izan ni. So saya berkenalanlah dengan beliau pada majlis tersebut. Ada le sikit kami bersoal-jawab soalan2 umum. Senegeri rupanya... Terdetik di hati nak kenal dengan lebih dekat lagi tapi "malu" sebab beliau seorang yang berilmu sedangkan saya hanyalah insan biasa2 jer... Segan lak rasanya. Tapi bak kata pepatah..malu bertanya sesat jalan, kan?

Semasa saya menulis ni, hubby dan anak2 lelaki pergi ke Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat kat rumah yang sama. Malam ni untuk kaum lelaki je tapi kaum2 ibu yang tak datang siang tadi boleh jugak pergi malam ni!

2 comments:

Ummi Hajjah said...

Akum...Subhanallah apalah yg istimewanya sampai adik akak ni malu nak bertanya...Akak cuma mempraktiskan memberi untuk membahagiakan. And yet ramai teman akak yg jadi sukarelawan ...tu yg menggerakkan hati kita agar dapat jadi manusia yg bermanfaat. Di bandar baru Uda, akak ada teman dengan 10 anak, dia ni masih sempat jadi pengajar agama di rmh perlindungan gadis bermasalah...ada teman akak yg lain pula, dia sanggup bangun jam 4 pagi menyediakan juadah jualan. Jam 7 pagi gerai jualan dah ditutup..selepas itu bermula tugasnya sebagai guru alQuran mengajar anak murid lebih kurang 80orang tak termasuk kaum ibu...Rumahnya ibarat madrasah. Kalau nak dibandingkan akak dgn mereka ini...akak rasa kerdil betul. Mereka ni betul2 superwoman. Tak menyerlah tapi keikhlasan terbayang pd wajah mereka. Allah nak izin mereka jadi teman akak.Kata orang kita ni kena pandai ambil hikmah dalam semua persoalan hidup. Bersyukur pd setiap nikmat dan ujian. Doa akak selalu biarlah setiap detik akak sentiasa dapat berteman dgn org2 soleh. Sebab tu kita ditemukan Allah dalam program setempat. Itulah takdir Masa dekat Perak, akak tak kenal pun awakkan...So lepas ni akak kenalah selalu jumpa awk untuk refer hal pengisian blog Akhwatul Muslimah TPP supaya blog tersebut benar2 jadi wadah intelektual. Kira2 macam jadi consultant gitulah...tapi gajinya pahala yg tak putus2 dari ALLAH. Nak terima tak?

lagi...

Azita Zain said...

Waalaikumsalam...Kak Izan ya? saya dah gi ke blog tu. pandai pun buat!! setakat nak menolong sikit2 tu boleh la, saya pun bukannya pandai sgt...