Monday, April 20, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Apa aktiviti hujung minggu lepas? Hmm...cadangnya selepas hubby balik dari Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, kami nak balik ke kampung hubby di Muar. Saja nak melawat keluarga. Dah sebulan tak balik sejak kenduri kahwin adik ipar bulan lepas. Tapi Ayong pulak ada kerja yang nak disiapkan, kena hantar hari Isnin nanti katanya. Akhirnya, tak ke mana2 pun. Duduk kat rumah je.

Bangun je pagi semalam, terfikir nak masak apa untuk sarapan. Rasanya dah lama tak pekena Lempeng kosong cicah dengan sambal ikan bilis dan diminum bersama dengan teh susu. Sedap gak dimakan di pagi2 minggu cam gini! Dan akhirnya jadilah jugak lempeng tu. Mula2 tu buat yang original jer, dah tinggal separuh bancuhan baru tambah jus pandan. Dah tambah jus, kena le tambah tepung sikit lagi yer... Buat pun cuma dalam 2 cawan jer. Sementara saya menggoreng lempeng, anak2 dah mengadap dulu apa yang saya hidangkan. Sekejap je habis...tak cukup pun! Nasib baik le ada 2,3 keping baki yang masih saya masak kat dapur. Kalau tak, mesti saya pun tak merasa. Tak apalah, asal anak2 dapat makan.


Inilah dia Lempeng Pandan, Lempeng Original dan Sambal Goreng Ikan Bilis...


Selepas bersarapan dan mengemas mana yang patut, macam terasa nak buat operasi kat bilik bawah tu pulak. Bukan le operasi apa, menyusunatur semula barang2 di dalam bilik tu, di atas dan dalam almari, dan jugak barang2 yang ada kat atas petiais lama tu. Korek sana, korek sini, punggah sana, punggah sini...akhirnya selesai jugak operasi saya. Semasa saya "beroperasi" kat bilik bawah tu, hubby pulak "beroperasi" di dapur...menyediakan makan tengahari untuk anak2. Bukan le masak beria2 sangat pun...sekadar nasi putih dan Ayam Goreng Rempah Rangup ditambah dengan baki sambal ikan bilis pagi tadi. Dan memang menjadi kelaziman, apa yang hubby masak memang akan habis licin dek anak2. Apa rahsianya ya????


Ayam Goreng Rempah Rangup...


Pagi semalam, hubby dah pergi ke pasar bersama Adik untuk membeli lauk-pauk dan sayur2an. Hubby cari buah2an tapi tak ada yang menarik. So petang semalam kami pulak keluar menuju ke KipMart untuk mencari buah2an. Kat sana ada banyak pilihan. Kami belilah epal hijau yang kecik2, epal merah, pear, orange yang besarrrrr (RM10 utk 6 biji). Beli jugak tembikai kuning, tembikai susu dan tembikai susu berwarna kuning tu...tapi saiz yang kecik2 jer. Malam...kami pakat2 makan buah jer...rugilah kalau dah beli tak dimakan. Tak gitu???



Antara buah2an yang kami beli semalam...



No comments: