Monday, April 6, 2009

Keropok Lekor



Semalam hari Ahad. Pagi ini kami ada operasi dan projek di rumah. Operasi dan projek???? Dahsyat bunyinya tuuu...!

Gempak je yang lebihnya.... Sebenarnya, selepas sarapan semalam....errr...semalam sarapan apa ya?? Oh ya! Semalam kami sarapan dengan Puteri Ayu. Sebab Puteri Ayu tu dah ready the night before so tak le rushing sangat nak prepare breakfast. Selesai breakfast, saya mengemas rumah...menyapu dan mengemop. Lepas tu saya menyidai kain-baju. Pada masa yang sama, hubby gi belek2 ruang dapur. Hmmm...mesti hubby ada projek ni! Sebelum tu saya dah mintak tolong hubby untuk bersihkan sawang2 dan jelaga (macam guna pelita minyak tanah pulak...) yang ada kat siling dapur tu. Semasa saya mengemaskan pokok2 bunga kat depan tu, hubby menghidupkan enjin kereta. Nak gi beli cat katanya. Ooooo...nak ngecat dinding dan siling dapur!

So, hubby dan saya pun menyiapkan projek masing2 secara berasingan! Anak2...buat kerja masing2. Hampir tengahari semuanya siap....then saya sempat gak menolong hubby sikit2. Selepas saya mengemaskan dapur, saya terbaring kejap kat depan tv....menghilangkan penat!

Untuk lunch, hubby masak mee goreng aje. Bukan mee kuning...mee maggi pun bukan...mee sanggul juga bukan. Abis tu mee apa? Saya pun tak tau nama mee tu tapi mee tu dalam kategori mee kering.

Selepas Asar, gi pulak ke KipMart...beli lauk2 sikit. Adalah beli ayam, ikan, udang dan sotong. Sayur masih ada stock kat rumah so tak payah le beli dulu. Beli jugak keropok lekor mentah 5 batang. Sebatang harganya seringgit. Anak2 memang suka keropok lekor ni. Nak buat sendiri belum sampai seru agaknya! Sampai aje rumah, hubby bersihkan dan uruskan lauk-pauk tu. Saya pulak menggoreng keropok lekor untuk minum petang. Kejap jer dah abis! Lepas maghrib, hubby bawak Ayong gi ambik cermin mata yang ditempah semalam. Adik pulak tiba2 muntah2 semasa dalam tidur. Habis keluar segala apa yang dimakannya siang tadi. Agaknya dia terlebih makan... memang dia makan banyak hari ni. Sedap kot masakan abahnya!!!!

4 comments:

Zawir Al-Hamidi said...

Beruntunglah siapa-siapa yang dapat suami pandai dan rajin memasak ye. Ada orang tu suami dia dapur pun tak pernah jenguk. Gurau je. Janganle mare.

Azita Zain said...

alhamdulillah! segala puji bagi Allah....! tapi tak leh nak harapkan hubby selalu, kan!

D'Rimba said...

Ikan mempunyai banyak khasiat bermanfaat terutama untuk menjana akal fikiran..

Azita Zain said...

D'Rimba :
betul3x....