Tuesday, April 28, 2009

Pucuk Labu

Malam tadi makan malam yang ringkas je. Sekadar masak Lemak Putih Pucuk Labu dan ikan siakap dan bawal goreng. Hari ni tak ada sup sayur ataupun apa2 sup. Cuti makan sup hari ni. Inilah kali pertama masak pucuk labu. Kalau dulu2 tu, masa masih duduk bawah ketiak emak, selalu jugak masak pucuk labu ni sebab memang ada menanam labu kuning. Sekarang ni bukannya senang nak cari pucuk labu. Kat pasar tani pun tak jumpa...

Mula2 tengok sayur yang terhidang kat atas mejamakan tu, Abang Yang bertanya dengan penuh "kepelikan", "Kenapa sayur tu nampak macam ada bulu2?". Nampak tak bulu2 kat batang pucuk labu tu?



Inilah sayur malam tadi...Lemak Putih Pucuk Labu...


Lemak Putih Pucuk Labu, bawal goreng, kerapu goreng dan pisang...


2 comments:

D'Rimba said...

Mewahnya khasiat bekalan ini kecuali santan hehehe.......

Azita said...

sayuran kampung mmg penuh khasiat. santan tu tak jadi masalah...boleh tukar dgn susu segar @ susu cair...tetap berkhasiat.