Hari ni dah Hari Ahad tapi baru sempat nak bercerita dan upload gambar hari2 yang lepas. Dah 2 hari tak mengadap komputer. Banyak yang dah missed. Missed nak jenguk rumah kengkawan, missed mengemas rumah sendiri... Rumah yang inilah, rumah yang betul2 tak boleh ler nak missed pulak...nanti macam tongkang pecah ler pulak! Pening kepala lak nanti... Biasalah, bila tiba hari Jumaat, semua kerja mesti disiapkan cepat dari hari2 biasa. Sebabnya, hubby akan balik makan tengahari sebelum pergi solat Jumaat dengan anak2. Nasib baik Jumaat dan Sabtu lepas Ayong tak ada latihan pancaragam, boleh jugak "off" dari menghantar dan menjemput dia.
Jom layan menu hari Jumaat lepas. Hari tu dah masak kari dan kurma ayam, kali ni turn memanggang dan membakar pulak. Ayam Bakar Bersos Lada Hitam Madu sebenarnya...
Hari tu nampak salah buah kat rumah Fiza, 2x dah nampak Fiza buat. Teringin le pulak saya nak makan salah buah jugak. Sanggup drive ke Pasar Air Biru semata2 untuk cari buah2an. Buah apa yang saya campurkan... pelam, timun, epal hijau, epal merah, buah lai dan jambu batu.
Meriah!!! Macam2 ada....!
Inilah dia Salad Buah-Buahan tapi yang ini belum dikacau sebati lagi...
Dihidangkan bersama Jus Epal Hijau dan Celery....hmmmm...
Selepas menjamu selera makan tenghari, hubby dan anak2 pergi Solat Jumaat. Anak2 terus ke sekolah selepas solat Jumaat. Since Ayong pun tak ada latihan, adalah saya masa terluang sikit. Tapi terpaksa dihabiskan dengan mengadap kain-baju yang belum berlipat. Dalam pukul 3:00 petang, hujan ler pulak! Dah lama gak tak hujan. Alhamdulillah! Dalam sibuk2 menenung hujan yang turun lebat tu, saya terfikir nak membasuh lantai kat luar tu. Lebih save sikit kalau guna air hujan. Tapi keadaan tak mengizinkan sebab semasa tengah "menenang" hujan tu, van Adik pun sampai. Hmmm..dah 3:30 petang rupanya.
No comments:
Post a Comment