Monday, April 13, 2009

Kesibukan di Hari Ahad...

Semalam hari Ahad. Hubby dan anak2 semua ada kat rumah. Tak rancang pun nak ke mana2 semalam. Jadual saya macam biasa je...alarm berbunyi 5:30 pagi. Siapkan sarapan... Since semalam hari Ahad, tak le sibuk2 nak siapkan sarapan cepat2. Pagi semalam saya buat Donut Gebu. Tak banyak pun, buat dalam 2 cawan tepung je. Dapat le dalam 20 biji. Lepas tu panaskan Mee Goreng Udang lebih semalam, masa sambut harijadi Abang Ngah semalam. Lepas tu saya goreng sikit Keropok Lekor Pop-corn, hubby beli kat Pasar Tani Sabtu lepas. Hmmm...sedap gak kopok tu..


Donut Gebu (versi gelang dan versi bulat2...), keropok lekor pop-corn dan air kacip fatimah (saya punya lerrr.....)


Selesai bersarapan, saya dan hubby ada projek yang nak dibuat. Asalnya cuma nak sambung network satu lagi kat luar bilik. Akhirnya...satu bilik tidur saya berubah. Semua posisi katil, almari2, dan lain2 semuanya berubah. Aduiiiii...penatnya! Pada masa yang sama, Ayong pun turut sama "mengindahkan" bilik dia. Dia pun nak tukar selera gak! Ingatkan nak buat sendiri tapi akhirnya mintak bantuan abahnya jugak...



Inilah hasil "make-over" Ayong kat bilik dia...

2 comments:

ima said...

wah!!!rajinnya buat network setiap minggu...sepakat pulak tu..bahagia sungguh.

Azita said...

Alhamdulillah...!!