Tuesday, April 28, 2009

Ahad Di Kampung

Dah sebulan juga kami tak balik ke kampung hubby. Tapi hubby ari tu ada juga balik dengan adiknya semasa FIL masuk hospital. Tapi saya tak ikut. Hubby balik selepas Maghrib dan balik semula ke PG sebelum subuh keesokan harinya. Sepanjang malam mereka menemankan abah di hospital. Dah 3:00 pagi baru balik ke rumah MIL, tidur sekejap je. 4:30 pagi dah bertolak balik ke sini. Hubby tak drive, adik dia yang drive. Sedar2 dah sampai depan pagar rumah je.

Satu hari di kampung tak cukup rasanya. Penuh dengan berbagai2 aktiviti terutama anak2 lelaki saya tu. Mereka paling suka kalau balik ke kampung hubby sebab "bebas". Kebetulan dah lama tak pergi ke kolam air panas kat Gersik tu, jadi kami bawa anak2 mandi di situ. MIL ikut sekali sebab nak merendamkan kakinya yang sakit2 tu. Anak2 memang suka le sebab dapat main air. Tambah2 Adik...memang "kecut" semuanya!!! Berendam tak abis2...

Jom layan gambar2 kat Kolam Air Panas Gersik, Muar....



Kolam Air Panas Gersik...ada kolam air panas, ada surau..



Tumbuh2an yang terdapat di sekitar kolam panas...



Aktiviti merendam kaki oleh MIL (tudung putih) dan anak2 main air...

Kerenah anak2 yang pelbagai...


Aksi Adik...


Dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah di kebun kelapa sawit kepunyaan keluarga. Pagi Ahad tu, BILs memotong buah sawit. Buah sawit yang berwarna hitam tu, belum masak lagi dan belum boleh dipotong. Buah yang masak akan berwarna kemerah2an. Kawasan kebun yang kami singgah ni ialah kebun "bakal" kepunyaan hubby. Sebenarnya abah dah bahagi2kan tanah2 yang ada kepada anak2nya. Since hubby nak menolong adik2nya memotong buah sawit, saya pun memandu pulang bersama anak2 dan MIL.


Pokok sawit, buah sawit mentah dan yang dah masak, buah & bunga senduduk...



No comments: