Dinner malam tadi pun simple gak. Sekarang ni kami makan yang simple2 jer. Cuma ada Sup Sayur (lagi dan lagi dan lagi dan lagi....) dan jugak Bawal dan Kerisi Kukus. Resepi campak2 jer tapi sekali hadap je dah abisss...!
Selepas dinner dan solat Maghrib, anak2 dikerah untuk menyiapkan kerja sekolah (instead of kerja rumah). Tapi Adik belum buat lagi sebab dia tidur dari petang tadi lagi. Abang Ngah mengadap laptop kejap, menyediakan powerpoint presentation untuk projek sekolah. Ayong yang guide dia. Abang Yang pulak, since homework dah siap, saya suruh buat latihan. Dia memang suka Maths. Sejak dia belajar mental arithmetic dan sempoa masa tadika dulu, pengiraannya sangat cepat. Dan saya...sambil memantau Abang Yang, saya melipat kain-baju. Lepas tu teruskan dengan menggosok pulak. Baru aje siap dalam 2:30 pagi tadi. Sekarang dah 3:00 pagi, mata tak rasa mengantuk pulak. Tu yang mengadap komputer ni jap. Tapi lepas ni nak kena tidur juga sekejap, kalau tidak mesti sakit kepala dan "ting-tong" nanti.
2 comments:
Sedapnyaaaaaaaaaaaaa sup sayur campur tapi sikitje kurang sedapnya bahasa campur....HEHEHE....
kongsilah resepi ikan steam tu...sedap nampak..ditambah dgn sup sayur.
Post a Comment