Penangan ubat selesema yang saya makan tengahari semalam (Rabu), masih terasa sampai ke pagi tadi (Khamis). Akibatnya, saya terlelap awal malam tadi. Tapi semasa angin bertiup kencang diikuti oleh hujan yang agak lebat tengah malam tadi, saya terjaga. Setakat terjaga sajalah... lepas tu meneruskan mimpi (ada mimpi ke????) kat depan tv aje. Saya setkan alarm berbunyi jam 5:30 pagi tapi pagi tadi lepas je saya matikan alarm, mata saya tertutup kembali. Nasib baik tengah "bercuti" dan nasib baik hubby dah bangun lebih awal. Hubby tersayang yang sediakan sarapan pagi tadi. Hubby masak Nasi Goreng Udang. Tergolek2 udang kat dalam nasi tu...besar2 pulak tu! Walaupun hubby sendiri tak boleh nak makan... Kami cuma bersarapan dengan roti je...
Hari Selasa dan Khamis, Abang Ngah ke sekolah lebih awal dari biasa sebab ada kelas tambahan untuk murid2 Tingkatan 1. Kelas bermula jam 11:15 pagi. Jadi, dalam pukul 11:00 pagi dia dah ke sekolah. Hari Isnin pulak ada kelas ICT, bermula jam 11:55 pagi. Hari Rabu pulak dia bertugas membersihkan kelas. Jadinya, boleh dikatakan setiap hari Abang Ngah pergi awal ke sekolah. Hari Jumaat je yang lewat sikit. Abang Yang pulak, setiap hari ke sekolah pukul 11:30 ataupun 11:45 pagi. Jadinya, tinggallah saya keseorangan di rumah. Biasanya waktu2 macam ini saya penuhkan dengan menyelesaikan kerja2 rumah - melipat kain-baju yang tak selesai malam tadi, menggosok baju yang tak selesai digosok malam tadi - boleh dikatakan menyelesaikan kerja2 yang tak siap semalamnya. Selepas tu barulah mengangkat kain-baju dari ampaian. Kalau rajin terus dilipat tapi biasanya saya buat kerja tu malam2.
Tapi siang tadi saya terlebih Vitamin R. Selesai angkat kain-baju, terus lipat. Lepas tu saya menyediakan Triffles pulak. Satu adunan tu saya boleh dapat 40 mangkuk2 plastik yang kecil ni. Dan satu bancuhan jelly pulak, saya dapat penuhkan untuk 20 bekas. Jadinya saya gunakan 2 perisa yang berlainan. Tadi saya gunakan jelly berperisa mangga dan strawberi.
Tengahari, Ayong balik dari sekolah. Hari ini kelas tambahan dibatalkan sebab tak ramai murid yang nak datang katanya. Tapi ada 3 orang kawan dia akan datang belajar sama2 di rumah pada pukul 2:30 petang. Semasa mereka sampai, saya tengah menggosok baju. Tapi mereka dah biasa datang ke sini. Macam biasa, terus ke bilik Ayong dan saya meneruskan kerja2 saya. 3:30 petang Adik pulak balik. Riuh rendah rumah kalau Adik ada. Ada je benda yang nak dingomelkannya. Macam tak boleh berhenti bercakap. Siap menggosok kain-baju, saya ajak Adik naik ke bilik dulu. Hajat di hati nak membersihkan diri. Adik mintak bukakan DVD kartun kegemaran dia. Keluar saja dari bilik air, saya nampak Adik dah tertidur. Patutlah senyap je tadi...dah tertidur rupanya.
Since kawan2 Ayong ada, saya turun ke dapur untuk memasak sedikit kudapan. Nak masak apa ya? Akhirnya saya buat Kuih Cara tapi kali ini "lain pesen" sikit. Dengan perasa Cokelat dan Strawberi. Kuih Cara Cokelat tu saya letakkan chokolat chip kat dalamnya selain daripada sedikit gula. Saya juga gunakan chocolate paste semasa membancuh.
Sementara untuk perisa strawberi, saya letakkan 1 sudu kecil paste strawberi. Wangi je baunya semasa membakar...
No comments:
Post a Comment