Hari Sabtu lepas (2009/04/11) adalah merupakan hari ulangtahun kelahiran anak saya yang kedua iaitu Abang Ngah (Muhammad Azhari). Ulangtahun dia yang ke 13. Hmmm...dah remaja anak bujang saya ni. Sekarang ni dalam Tingkatan 1 di SMK Tmn Pasir Putih. Mukanya mirip abahnya. Perangai...tak tau ikut siapa! Suka buat lawak spontan. Makanan kegemaran ialah Bihun Tomyam. Hobinya...melukis...gambar2 kereta dan motor! Dan suka sangat membaiki basikalnya (walaupun tak rosak...!). Agaknya nak ikut abahnya yang memang kerja dalam bidang kejuruteraan... Happy Birthday Abang Ngah!!!!
Petang Sabtu tu saya bersama dengan hubby dan Adik pergi ke Jusco Permas Jaya. Ingatkan nak pergi ke kedai Nike yang ada kat situ tapi rupa2nya dah tutup. Tujuannya ialah untuk mencari beg sekolah Abang Ngah...sebagai hadiah harijadi! Sudahnya masuk kedai lain...lupa pulak nama kedai tu...beli beg sekolah la. Ada 20% diskaun, dapatlah dalam RM75. Setahun sekali...
2 comments:
happy birthday to azhari...moga menjadi anak kebanggan ibu dan ayah dan dirahmati olehNya.
InsyaAllah and thanks for the wishes...
Post a Comment