Saturday, April 18, 2009

Sindrom R

Sebenarnya ini ialah entry untuk semalam, hari Jumaat. Biasalah, mana nak sempat mengemaskini pada hari yang sama. Kadang2 tu curi masa jugak pada waktu petang sebelum Adik balik sekolah ataupun sebelah malam sebelum tidur. Tapi kadang2 tu memang tak sempat.

Semalam saya terkena "Sindrom R". Tak tau macam mana boleh terkena sindrom ni. Dah banyak hari saya tak menyediakan juadah yang pelbagai dalam satu hari. Tapi semalam, selepas je bangun pagi san selesai anak2 ke sekolah pagi, saya memulakan tugas mengemas rumah mana yang patut - menyapu, mengemop, menyidai kain-baju. Lepas tu mengadap Adik pulak - nak menyiapkan kerja sekolah dan mengajar dia membaca buku Bacalah Anakku. Bab membaca ni dia leceh sikit sebab ada aje alasan yang diberi - penat le, tak tau le, nak minum le.... So, emaknya kena banyak2 bersabar... Pukul 10:30 pagi, van Adik sampai. Mula2 tu Adik tak nak ke sekolah walaupun dah siap sandang beg kat belakang dan siap pakai kasut sekolah dah. Alamak...datang balik "penyakit" dia niii...!! Puas saya memujuk barulah dia nak naik van. Itupun nak kena dukung dulu... Nasib baik le emak dia kuat!

Untuk tengahari semalam, saya cuma masak Nasi Goreng Pattaya untuk 3 orang makan - Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang. Hubby dan saya tak makan tengahari...diet terancang!!!

Inilah Nasi Goreng Pattaya....


Macam minggu2 yang lepas, setiap hari Jumaat adalah menjadi tugas saya untuk menghantar Ayong ke stadium sebab ada latihan pancaragam. Selepas hantar Ayong, saya terus ke Jiason untuk mencari kismis, susu segar, santan dan roti. Memang dah terniat di hati nak membakar Puding Roti. Kat dalam petiais tu ada banyak lebihan tepi roti sebab Adik tak makan tepi roti tu. Sejak hari Isnin hari tu, dia asyik nak bawa bekal roti disapu dengan marjerin dan ditabur sedikit gula. Setiap hari dia bawak 6 keping, tak termasuk yang makan kat rumah lagi tu! Dan setiap kali jugalah tepi roti tu mesti dipotong. Sayang pulak nak buang, so saya simpan dalam petiais. Kebetulan petang tadi ada Ukhwatul Muslimah untuk kali ke-3, jadi saya bercadang untuk bakar 2 loyang Puding Roti untuk majlis tersebut.

Dalam simpanan resepi saya, memang Apam Belanda duduk dalam barisan yang pertama. So balik aje dari kedai, saya terus bncuh adunan untuk Apam Belanda. Resepi ni saya dapat malam semalam dari Saji Online. Nampak macam sedap dan senang. Since adunan tu kena perap selama satu jam, dalam masa menunggu tu saya pun buat le Puding Roti. Saya bancuh 4 adunan sekali harung, 2 adunan dalan setiap loyang. Selesai membakar loyang pertama, saya mulakan operasi Apam Belanda.....


Inilah acuan yang digunakan untuk membuat Apam Belanda. Baru pecah dara......


Inilah dia Apam Belanda. Barisan pertama berinti blueberry, barisan kedua berinti cokelat chip..

Untuk makan malam, anak2 cuma makan nasi putih berlaukkan telur mata kerbau aje. Itu mereka yang request ya! Dan untuk hubby dan saya pulak, saya masak Sup Sayur. Sangat2 ringkas hidangan makan malam kami semalam!!!!!!

Sup Sayur bersama sebiji telur dan ditabur dengan serbuk lada hitam....yummy!!



Inilah Puding Roti untuk Majlis Ukhwatul Muslimah dan Yassin petang tadi...


Apa kaitan ini semua dengan tajuk entry saya, Sindrom R??? Dan apakah Sindrom R tersebut?? Untuk pengetahuan semua, Sindrom R itu ialah SINDROM RAJIN....... Jangan marah ye!!!


1 comment:

Queen said...

kak,...nak resipi puding roti nie buleh?