Thursday, April 16, 2009

Apam oh Apam!

Apam oh Apam!! Senyuman mu sungguh menawan!!! Kenapa? Tak percaya? Percayaaaaalahhhhhh....!

Saya buat Apam Senyum ni petang tadi. Adunan yang sama cuma saya gunakan 3 warna - merah jambu, hijau dan warna asal. Kita yang buat dia kan...so kita nak buat macamana pun boleh! Sebenarnya petang tadi kawan Ayong ada datang ke rumah. Ada scrap book yang nak diselesaikan. Since kat rumah ni ada internet, masing2 minta tolong Ayong untuk carikan bahan dan printkan. Mereka juga tumpang guna laptop untuk menaip tugasan masing2. Tapi kengkadang tu mereka (termasuk Ayong), pergi jugak ke cyber cafe di Pusat Bandar tu. Rasanya lebih selamat mereka gunakan komputer di rumah daripada ke CC tu...

Hari Selasa lepas pun ada kawan dia datang - 2 orang. Hari tu saya dah buat Apam Bunga. Masing2 suka dengan apam tu walaupun tak semekar bunga. Nest tiime nak buat lagi hingga betul2 nampak macam bunga, then baru upload kat sini. Then bila kawan dia nak datang petang tadi, dia suruh buat Apam Bunga tu lagi. Tapi masa melayari internet tengahari tadi, saya "terserempak" dengan Apam Senyum ni di Saji Online. Kebetulan bahan2nya ada, so saya pun mencubalah. Tak menghampakan.... rasanya memang sedap dan memang gebu. Minggu depan pun ada kawan yang nak datang buat tugasan dan Ayong suruh buat apam ni lagi....

Kombinasi warna merah jambu dan putih...



Kombinasi warna merah jambu dan hijau...



Kombinasi warna putih dan hijau...

2 comments:

MamaFaMi said...

Geramnya tengok kuih apam dia yang tersenyum kepada ku seakan berkata... cubalah buat kita! hahaha... bagus punya imaginasi kan!

Azita said...

MamaFaMi : mmg apam tu sentiasa tersenyum kpd sesiapa saja yg memandangnya dan dalam diam2 apam tu sebenarnya berkata, "Jangan senyum je, cubalah buat ya!!!"...hehehe