Sunday, April 5, 2009

Puteri Ayu


Dah lama tak upload gambar2 masakan kat sini. Bukannya tak memasak tapi sekarang ni sibuknya lebih sikit. Tak taulah kat mananya yang sibuk tu! Anyway, hari ni tiba2 teringin sangat nak makan kuih Puteri Ayu. Nak beli, kat mana nak beli malam2 ni? Hubby, Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang dah keluar, pergi ke Pusat Bandar. Hubby nak bawak Ayong check mata dia semula dan nak buat spec baru. Spec sekarang tu dah agak kabur kata Ayong. Kesian pulak dia...spec tu cantik lagi. Masa mereka keluar tu, saya tinggal dengan Adik je kat rumah.

Mula2 tu mengajar Adik membaca flash card. Alhamdulillah...cepat jugak dia membaca tapi yang 2 suku kata je... yang simple2. Lepas tu baru ajak dia buat Puteri Ayu. Ada special version untuk dia! Dia tak nak yang ada "putih2" tu...katanya. Apa yang "putih2" tu??? Kelapa lah!! Dai tak nak yang ada kelapa. So loyang pertama buat tanpa kelapa dan yang lain2 buat macam biasa.

Esok sarapan makan Puteri Ayu!!!! Bestnya....! Jom sama2 sarapan esok! Err...kalau nak resepinya, saya ada upload kat MyResepi dan kat sini pun ada jugak....




4 comments:

CikMin said...

cikmin punya peberet ni kak ita...

ima said...

saya juga suka sangat kuih ni tapi tak tahu nak buat...skrng dah ada resepi boleh cuba ni...

Azita said...

kak ita kalu dpt kuih ni pun, dah tak nampak mak mertua lalu kat blakang! mmg best..!!!

Azita said...

Ima :
dah ada resepi ni boleh le cuba ya! then leh tayang2 gak...