Thursday, January 22, 2009

Tertunailah Hasrat Di Hati...

Tengokkan tajuk, dah jadi macam Kak Ina KL la pulak!!! Ampun ya Kak Ina.... Dah lama sebenonya ngidam nak buat dan makan benda ni tapi baru semalam jadik. Benda apa??? Cream Puff Jagung ni la....!! Puffnya saya buat gunakan resepi Yani @ MyR dan cream jagungnya saya gunakan resepi Zaliana @ MyR jugak.

Pagi semalam dah buat satu adunan, dapat le dalam 16 biji. Abang Ngah dan Abang Yang masing2 bawak bekal ke sekolah. Yang bekal lain, yang makan lain. Akhirnya saya cuma dapat rasa 2 biji aje. Then sebelah petang, saya buat lagi satu adunan. Pagi tadi sebab 1st time buat puff ni, so tak dapat nak bayangkan besar mana puff tu akan naik selepas dibakar. Akibatnya, puff tu jadi besar2 sangat!! Buruknya saya tengok...! Ni kalau hubby nampak mesti dia kata, "Cutenyeeee.....!". Then bila buat sekali lagi, dah boleh agak dah besar mana nak dipipekan. Hasilnya...jadilah comel2!!!! Sekali ngap je...hilang dari pandangan!

Inilah hasilnya!!!

Untuk dinner, M pulak rasanya nak memasak. Kebetulan baki mee kuning hari tu ada lagi, udang ada sikit, daging ada sikit, sayur ada sikit, tauhu goreng pun ada lagi. Then jadilah Mee Goreng Basah ni...versi kungfu fighting jugak!! Ni sapa2 pun boleh buat ikut citarasa masing2.



3 comments:

CT Delima said...

k.ita x kisah ler rupa mana pun asal rasanya tetap sedap kan hehehe

AiE bAhRi said...

Aduh...terliur la kak tgk puff tu..

Azita Zain said...

ct.delima : mmg betul tu. apa yang penting...? kesedapan!!!

aie : kalu nak bleh akak buatkan lagi...