Monday, January 5, 2009

Kembali ke Sekolah...

Semenjak dua menjak ni, diri ini sibuk memanjang. Ada jer aktiviti yang perlu dilakukan. Especially bila sekolah dah mula dibuka hari ini. As I story before, my youngest son already started his school on 1st. January 2009. But he is off today (5th. Jan). Abang2 dan kakaknya memulakan persekolah hari ini. Set alarm pukul 5:30 pagi tapi jam 4:00 pagi saya dah terjaga. Masa tu tertidur kat depan tv kat ruang tamu jer. Semua sekali tidur kat depan tv tu dalam keadaan yang lintang pukang. Mana sempat jer. Once dah terjaga, tak boleh lak naklelap semula. Then saya pun mengemaskan kain baju yang saya lipat malam tadi (sebelum terlelap tu sebenarnya baru je abis lipat kain-baju...). Then bawak sebakul naik ke atas. Lepas tu saya buak le PC, konon2 sempat le buat entry ke, lawat rumah kengkawan ker.... tapi si Adik pulak terjaga dan terus masuk bilik. Ajak emaknya tidur dan suruh tutup PC. Kacau daun la Adik ni.... Kensel program nak ngadap PC pagi2 buta... Layankan Adik, baring atas katil ngan dia tapi dia pun tak tidur. Mulutnya pok pek pok pek tak sudah sampai le alarm yang saya set pukul 5:30 pagi berbunyi.


Akhirnya saya bangun untuk kejutkan Ayong sebab tahun ni dia kena sekolah sebelah pagi. Pakcik van tu kata, suruh standby dalam 6:10 ~ 6:15 pagi. Usai solat, saya sediakan sarapan. Nasi malam tadi ada balance so saya buat Nasi Goreng Mentega simple jer. Actually nasi goreng biasa jer cuma ditambah mentega untuk menambah kelainan rasa pada nasi goreng tu. Tapi macam biasa la, Ayong memang tak minum/makan pagi. Dia minum air masak jer. Then kejutkan Abang Yang pulak. Dia pun kena sekolah agama awal pagi. Pukul 7:15 dah start. Dalam 6:50 pagi pakcik van akan ambil.


6:30 pagi baru van Ayong sampai. Abang Yang pun dah ready nak ke sekolah. Tak sabar2 jugak tu. Dia duduk kat luar dengan abahnya, tunggu van sampai. Abang Ngah pulak, usai solat terus baring semula. Dia pulak kena turn sekolah sebelah petang - Form 1. Lepas Abang Yang pergi sekolah, saya sarapan pulak dengan hubby sebelum dia pergi kerja. Lepas hubby gi kerja, tinggallah Adik, Abang Ngah dan saya. Biasalah, Adik dengan rancangan katunnya... Saya pulak dah keluarkan ayam dari freezer. Nasi putih pun dah ditanak. Sambil tu sempat gak landing sekejap, mata rasa berat sangat! Dah lama tak bangun seawal ini..... Lelap jugak sekejap.


10:40 pagi Abang Yang balik dari sekolah agama. Terus lak gi ngaji kat rumah Kak Norma kat tepi taman permainan kanak2 tu.

No comments: