Kat depan rumah tu ada tanah sekangkang belalang. Itulah jadi taman dan jugak kebun. Berkebun pun setakat dalam pasu jer... Pagi semalam selepas hubby gi kerja dan Adik sibuk kat dalam rumah dengan Abang Ngah, saya pun mengerjakan taman dan kebun tu. Apa yang saya buat??? Macam dalam gambar kat bawah ni la....!! Saya menyelerakkan pasu2 tu...ada ke patut?? Sebenarnya saya merumput, menggembur, mengalih, mencantas, dan macam2 "meng" lagi!!!
Kebanyakannnya cuma bunga kertas. Bunga2 kertas ni dah berusia lebih 16 tahun. Masa saya baru2 kahwin dulu, bunga2 ni saya bawak balik dari kampung. Masa tu abang yang sulung tu kerja kat nursery bunga2, jadi banyak spesis yang cantik yang dia bagi. Walaupun dah berusia lebih 16 tahun tapi pokoknya tak ler besar mana sebab hubby dan saya rajin potong pokok ni. Lebih kurang macam bonzai lah jugak...!! Yang bestnya bila tiba time pokok ni berbunga.. Memang tak nampak daun...penuh dengan bunga je... Yang mana agak2 degil sangat nak berbunga, saya cucukkan bunga2 plastik yang lawa2 kat tangkai2nya. Lepas tu pasti dia akan berbunga....ni petua orang tua la....!
Tengoklah berseleraknya pasu2 tu...
Ada jugak pokok kunyit dan daun kari....sila abaikan lalang kat sebelah pagar tu yek! Tu kawasan orang bujang....
Berkebun setakat jam 10 pagi jer sebab lepas tu kena prepare bekal untuk Adik pulak. Adik pergi sekolah dalam 10:30 pagi. Biasanya bekalan Adik simple2 jer....nugget ke, roti canai ngan gula ke, roti telur ke, sandwich ke. Tak nak bekalkan yang berat2 sebab rehatnya cuma 20 minit, tak sempat nak makan pulak nanti. Selalu tu pun ada aja balance yang dibawanya balik. Masa dia tengah demam hari tu, hubby suruh dia minum air badak sebab panas dalam. Dah tu pergi sekolah pun dia bawak bekal air badak. Air oren pun ada juga saya bekalkan. Alasannya, kalau Adik batuk nanti Adik minum la air badak!!! Mana2 lah Adik oiiiii....!!
Lepas siap bekalan Adik semalam, saya teringat resepi Kak Fida kat Myesipi...Kentang Bakar Berkeju. Saya memang suka kentang. Dalam stok masih ada 4 ketul kentang yang agak besar gak. So saya rebus 3 biji. Ikut resepi Kak Fida tu, isi kentang tu kita korek dan baki kulitnya kita akan isi semula dengan isi yang dah diadun nanti. Tapi saya kupas terus kulitnya dan lecekkan, kemudian campurkan dengan bahan2 lain. Lepas tu saya gunakan foil untuk dijadikan "mangkuk" untuk membakar. Ikut kreatif sendiri la nak buat mangkuk tu...! Inilah hasilnya....nak cuba? Resepinya ada kat sini.
No comments:
Post a Comment