Friday, January 16, 2009

Kasut Lagi

Petang tadi Abang Yang bising dengan abahnya mintak belikan kasut hitam yang bertali. Sebabnya dia dah dilantik menjadi Ketua Kelas kat sekolah agama, kena pakai kasut hitam. Uniform pulak guru yang akan uruskan untuk tempahan sebab nak kan keseragaman. Kalau beli sendiri2, macam2 kaler keluar. Ari tu dah beli kasut putih 2 pasang. Ni kasut hitam pulak lagi!

Pukul 8:00 malam kami pun keluar menuju ke Pusat Bandar. Kat situ ada kedai Bata, tempat selalu beli kasut sekolah. Abang Yang nakkan kasut yang bertali banyak...maksudnya talinya boleh dijalan banyak kali. Bukan yang setakat 3x tu je.


Mereka tengah memilih kasut kat Kedai Bata....


Dulu2 saya suka pakai sandal yang ini....

Hubby pulak jenis yang tak suka nak merayau @ berjalan2 tanpa tujuan. Kalau dah dapat apa yang dicari, kalau boleh dia nak terus aje balik ke rumah. Tapi saya pulak suka jalan2, tengok2 sana sini....windows shopping. Kadang2 saya ajak jugak dia pusing2 tapi kadang2 ikut aje kata dia. Tadi selepas beli kasut kat kedai Bata, kami terus menuju ke rumah semula. On the way balik tu Abang Yang kata nak makan lagi, lapar lagi. Then kami singgah kat satu restoran tu. Tak ingat pulak nama restoran tu. Angin sepoi2 bahasa pulak bertiup, terasa gak sejuknya. Kami order meehon sup (2), meehon tomyam (1) dan nasi goreng kampung (1). Air pulak kami order carrot susu (3) dan jus epal hijau (1). 4 je sebab Ayong dan Adik tak ikut. Adik tengah tidur masa kami keluar dari rumah tadi.



Inilah yang kami santap malam tadi....

No comments: