Friday, January 23, 2009

Jumaat Yang Kelam-Kabut...

Pejam celik pejam celik dahhhh sampai hari Jumaat hari ni. Cepat sangat masa berlalu. Macam hari2 yang lain, rutin saya masih sama. Cuma hari ini agak kelam-kabut sikit. Lepas je Abang Yang pergi sekolah, saya terus memasak Triffles tu. Nak buatnya memang mudah cuma ambil masa yang agak panjang sikit sebab banyak step sikit. Masa hubby nak pergi kerja, saya stop kejap. Lepas dia pergi, saya sambung le semula. Bila dah siap baru mandikan Adik dan tolong dia selesaikan kerja sekolah. Kerja sekolah dia dah siap, baru saya sediakan bekal dia pulak. That time already 10:15am. Masa untuk dia salin baju sekolah pulak. Entah berapa kali dah dia bertanya, "Dah pukul sepuluh ke mak?". Sebabnya time tu ialah time dia pakai baju sekolah. Tapi hari ni lewat sikit dari hari2 biasa.... Lepas Adik pergi sekolah, saya bekejar pulak ke kedai berdekatan untuk cari lauk dan sayur untuk lunch. Kat esbok cuma ada stok ikan 4 ekor je. On the way ke kedai tu baru fikir nak masak apa untuk lunch. Hari tu ada nampak nasi ayam dengan ayam bakar...kar umah sapa eekkkk?? Terus datang idea nak buat nasi ayam jugak. Lepas dapat bahan2 yang dicari, on the way balik rumah tu, singgah jap kat rumah Kak Jah, ketua kumpulan yassin perempuan kat sini, untuk serahkan duit yassin untuk esok. Sampai rumah dah 11:00 pagi. Tu yang kelam-kabut memasak pulak tu. Hasilnya......???? Ini dia.....!!!!!
Set Nasi Ayam Pandan Planta.......!!


Nasi Ayam Pandan Planta, Ayam Bakar Madu dan sosnya, Sup Ayam...



Triffle dengan 3 perisa - lime, blackcurrent dan raspberry.


No comments: