Thursday, January 15, 2009

Kad dan Award From Ela

Kad yang cute ni datangnya dari Ela. Memeng cantik kad ini. Thanks to Ela kerana sudi panjang2kan kad ini pada Kak Ita.....



Yang ni pulak ialah award daripada Ela jugak. Tapi cute blogger award ni ada syarat la pulak....!
  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - award ni saya terima daripada Ela yang cute tu!!! Tu sebab nama award ni "2008 Cute's 3logger Award"... secute pemberi dan penerimanya...hehehe!!
  3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Hobi Kak Ita apa yer?? Jap, nak congak2 jap...
  1. Suka memasak - hobi ni datang selepas jadi surirumah sepenuh masa dan ada masa nak belek resepi kat internet.
  2. Suka nak shopping tapi jarang2 sekali pergi shopping sebab memikirkan budget... bilala boleh shopping unlimited ek?
  3. Suka surf internet - ni pun semenjak duduk rumah je ni. Kalau time kerja dulu memang tak nyempat.
  4. Suka balik kampung kalau ada peluang. Tak kisah le kampung sendiri ataupun kampung hubby.
  5. Suka bunga2 especially bunga ros / mawar. Tak kisah le warna apa. Tu sebab tiap kali my birthday ke, anniversary ke, hari ibu ke, mesti dapat sebundle bunga ros. Number of roses bergantung pada birthday @ anniversary ke berapa @ dah berapa tahun jadi ibu. Tiap tahun bertambah sekuntum!! Banyakkan!!! Best......!
  6. Suka nak join dengan jiran2 kalau ada apa2 function. Kalau join nak pok pek pok pek aje, tak berapa suka gak. Lebih baik duk rumah, banyak benda boleh buat, ekk?
  7. Suka tidur siang hari - malam2 dah susah nak lena sebab masih fobia dgn kejadian yang berlaku setahun lalu. So ambil kesempatan waktu Adik tidur, maknya tidur sekali!!
  8. Suka membasuh kain baju pada waktu malam - esok pagi boleh terus sidai kat ampaian. Jimat masa....
  9. Suka nak mengemas hari2 tapi alah sangat pada habuk - mesti bersin 1001 kali. Camana?
  10. Suka baca blog kengkawan kat alam siber ni. Macam2 cerita dan berita boleh dapat. Yang paling suka sebab dapat tambah kawan dan kenalan.... Thanks kepada semua yg sudi menjadi teman dan kenalan saya di alam siber. Moga satu hari nanti kita boleh bersua muka. Insyaallah!!!

Nak tag sapa pulak ni ya?
1. LG - Salam Dua Benua
2. Anawahid - Mari : Jom : Singgah
3. Zie Helmy - Teratak Lestari
4. Kak Ina KL - Tertunailah Hasrat Di Hati

Cukuplah tu ekk. Nampak cam semua orang dah dapat...

No comments: