Ari tu masa pergi ke rumah Anawahid, nampak Kuih Ketayap dia dan tiba2 terasa teringin nak makan Kuih Ketayap tu. Sebenarnya Kuih Ketayap ni saya buat hari Sabtu malam Ahad lepas, selepas balik dari melawat rumah Ana tu lah... Kebetulan memang ada kelapa parut kat rumah, then lepas makan malam terus masak intinya dulu. Mula2 hubby ingat saya nak buat pagi esok. Tapi bila saya dah bancuh adunan tepungnya, hubby turut menawarkan diri untuk membantu. Alhamdulillah... Akhirnya jam 11:00 malam kami sama2 menikmati Kuih Ketayap ni bersama2 secawan kopi...
Inilah kuih ketayap yang sedia untuk dijamah...
Pada masa yang sama, saya sediakan adunan untuk Kuih Bakar ni. Esok hubby ajak balik kampung sekejap sebab ada perbincangan pasal majlis perkahwinan adik hubby awal bulan March nanti. So kuih ni saya buat sebagai buah tangan. Biasanya saya gunakan loyang berlubang ditengah tapi kali ini saya gunakan loyang empatsegi aje. Dan macam biasa...saya suka yang garing2 sikit...!!
No comments:
Post a Comment