Friday, January 2, 2009

1st Day of Year 2009

Alhamdulillah! Telah selamat pun kita melangkah ke tahun baru 2009. Awal2 pagi semua anak2 dah bangun. Jadual hari ini agak padat jadi semua kena bersiap sedia.

Since Ayong punya registration start from 8:00 am to 12:30pm, we decided to go to her school fisrt. Hubyy dan saya cadangkan dia pergi register sendiri aje since dia pun dah Form 3. Lagipun tentu ramai kawan dia ada kat sekolah nanti. Tapi dia nak emaknya temankan jugak. So saya dan Ayong aje yang turun dari kereta untuk ke sekolah. Hubby tak parking kereta pun sebab dah sesak dengan kereta kat depan sekolah tu.

Pendaftaran Ayong diadakan di dewan terbuka. Satu kaunter dibuka untuk setiap kelas. Ayong kat kelas 3KRK1 (KRK = Kelas Rancangan Khas). Sebelum turun dari kereta tadi hubby dah hulurkan se"bundle" RM50 (tak sempat nak kira berapa keping...) untuk bayar yuran Ayong. Terserempak juga dengan Kak Mai (emak basyirah) dan jugak En. Hassan (ex-colligue kat Kiswire). Berbual dengan mereka kejap sebelum tiba giliran Ayong untuk bayar yuran.

Guru Kelas Ayong ialah Puan Masrawati, yang juga merupakan bekas guru kelas dia masa Form 1 ari tu. Ingatkan berapalah kena yuran kali ini. Tau berapa RM kena bayar???? RM1.50 aje!!! Percaya tak??? Saya pun tak percaya pada mulanya tapi itulah kos yang saya kena bayar TAPI itu untuk insurans ajer..... Yurannya tak tau berapa lagi. Hanya akan ditentukan selepas mesyuarat PIBG pada 11hb Januari (Sabtu) nanti. Unbelievable if the fees are only RM1.50.

Lepas selesai urusan Ayong, kami terus ke Sekolah Agama Taman Pasir Putih pulak unutk uruskan Abang Yang (Darjah 4) - bayar yuran , beli kitab dan buku tulis. Kelas dia 4 Al-Muslim, kat tingkat atas seklai. Mengah jugak nak sampai ke atas tu... Rasanya masa saya sampai tu ada la 5 orang tengah tunggu giliran. Masa sampai dalam 9:10am gitu. Kali ni saya dengan Abang yang je yang turun, yang lain ikut hubby pusing2. Kalau ikutkan logiknya, untuk tunggu 5 orang selesai bukanlah lama mana sangat, kan? Tapi ustazah yang jadi guru kelas dia ni, very very very slow.....! Satu orang punya urusan hanya selesai dalam 10-15 minit. Just imagine!!!!! Bukannya buat apa pun. Tanda rait2 kat resit barang apa yang kita nak beli, tulis nama anak dan kelas, tarikh, nama ustazah dan signature dia! ADUIIIIIII.......!!! Rasa macam saya sendiri nak tolong dia buat kerja. Dah le menulis slow ya rabbi, nak mengira pun terkial2. Bila dia memicit calculator (nak kira total berapa kenabyar), one button takes about 4 to 5 seconds!! My gossshhhh... And the total I should pay was RM223.00. Lepas tu turin kat tingkat bawah sekali untuk ambil buku tulis dan kitab. Tapai yang dapat cuma buku tulis aje, kitabnya tak ada lagi. Naik sekolah nanti baru mereka ada bagi pada murid2. Nak tau pukul berapa masa tu??? Pukul 10:15 pagi. Took 1 hr to complete 1 person registration!!!

Then balik rumah terus. Turn Adik pulak nak gi sekolah. Kelas mula 11:45 pagi. Sampai aje rumah, suruh Ayong gosokkan baju sekolah Adik. Abang Ngah pulak mandikan Adik dan Abang Yang keluarkan beg, kasut dan stokin dia. Saya siapkan bekal untuk dia - air sarsi dan roti tangkup telur je...
Kakak dan abang2nya tengah memakaikan Adik baju sekolah..

Aksi2 Adik masa tunggu Ayong pulak bersiap.

Berjaya memakai stokin dengan sendirinya. Nak pakai kasut pulak....

Dalam 11:20 pagi kami sampai kat Pintar Bistari Taman Mawar. Masa tu kereta dah banyak berderet kat tepi jalan tu. Nasib baik masih ada kekosongan dekat2 situ, boleh ler parking cantik2. Masa kami sampai depan pagar sekolah, murid2 sesi pagi dah siap berkumpul untuk balik. Guru2 sedang mengajar mereka doa2 dan mereka beratur ikut kumpulan bas sekolah yang akan mereka naiki. Saya terus bawak Adik masuk ke dalam kelas dia - 5 Cerdas. Kat tingkat atas Masa tu baru ada sorang gadis cute kat dalam kelas tu. Saya tempatkan Adik kat baris depan sekali. Biar dia dekat dengan cikgu nanti. Dah hampir 11:40 pagi baru kelas tu agak penuh. Adik memang jenis tak takut dengan orang. Semua budak2 disapanya.

Gelagat Adik dalam kelas...

Lepas kami tinggalkan Adik di tadika tu, kami menuju ke Pizza Hut Bukit Dahlia untuk lunch. Bujang 2 orang tu sibuk mengajak ke situ. Masa celebrate birthday Adik on 14th Dec dulu kat Pizza Hut tu, mereka kat kampung. Kami order la ikut selera masing2....

Makanan yang kami santap kat Pizza Hut.....

Gelagat mereka di meja makan bersama hidangan masing2...
Jam 2:30 petang kami kembali ke Tadika Pintar Bistari (TPB). Masa kmai sampai, mereka dah berkumpul kat depan tu. Sama macam sesi pagi tadi - ikut kumpulan van sekolah. Saya perhatikan aje gelagat Adik. Memang tak duduk diam!!! Penat cikgu sorang tu dok mengejar dia. Bila di pergi je ke papan gelongsor tu, cikgu tu tarik dia masuk barisan semula. Sekejap je dia bertahan... Lepas tu dia pergi pulak ke sana sini.... Cikgu tu tarik lagi....! Dia jalan lagi!!! Cikgu tarik lagi!!!! Last2nya cikgu suruh dia duduk sambil cikgu berdiri kat sebelah dia. Sama jugak! Bertahan kejap jer.... Yang paling saya tak tahan tengok ialah dia telah meng"kiss" pipi budak perempuan kat sebelah dia!!! Terkejut besar cikgu2 tengok!!! Bertuah punya anak......! Lepas tu, semasa cikgu ajar baca doa, sepatutnya murid2 berdiri mengadap cikgu2 yang berdiri di depan. Tapi Adik pulak, dia berdiri sebelah cikgu yang kat depan tu dan mengadap ke arah murid2! Macam dia pulak yang jadi cikgu!!!!

Inilah gelagat Adik yang sempat dirakamkan... Dia balik naik van, saya cuma perhatikan aje.

Yang ini kat dalam van sekolah.

Van yang kat depan pagar hitam tu ialah masa van sampai depan rumah. Bila sampai je van depan rumah, saya pun keluar pagar. Jenguk2 dia kat dalam van tapi tak nampak! SEPATUTNYA dia akan bersorak kegembiraan tapi kali ini senyap jer. Bila pintu van terbukak je, saya nampak dia dah TERTIDUR!!! Ya Allah...tidur anak aku rupanya..... Kesian sungguh saya tengok dia. Penat agaknya. Saya kejutkan dia dan dukung dia turun hinggalah ke dalam rumah. Masa tengah dukung tu sempat jugak dia kat, "Mak, Adik tertidur dalam van...", dengan nada yang lesu.

Sampai aje dalam rumah, terus dia baring kat riba saya. Tersandar.... Tapi mulut dia dah kembali aktif.. Bercerita pasal kat sekolah tadi...
Rupa Adik yang kelesuan dan keletihan dan akhirnya tertidur.....

Percaya tak? Masa saya buat entry ni, Adik masih tidur lagi. Belum bangun dari petang tadi walaupun hubby dah angkat dia dari living room kat bawah bawak dia masuk bilik kat atas, masih lagi dia terus lena.... Ya Allah!!! Penatnya Adik agaknya......


2 comments:

Azie said...

kekekkeekkekekkee...kelakar...hari ni kita plak berdebar tgu amin skool..hrp2 dia tak nangis

Azita Zain said...

kelakar dan kesian...hmmmmm