Friday, January 30, 2009

Makan Lagi...

Masa kat kampung hujung minggu ari tu sempat jugak saya buat Puding Roti dan Donut Gebu tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebab laku macam goreng pisang panas!!!! Kebetulan roti slices tu dah nak expired. Sayang je kalau tak dimakan. Mintak tolong hubby gi carikan susu segar dan kismis @ mixed fruits. Nasib baik ada pasaraya yang bukak that CNY. Kat kedai2 biasa susah nak jumpa susu segar dan kismis @ mixed fruits tu. Donut tu saya buat selepas sarapan sebab sarapan pagi tu kami makan nasi lemak. Mak Teh yang masak (biras yg balik saing kami ari tu...) nasi lemak tu. Actually, MIL suruh buat donut tu pada malam kami "bermesyuarat" tu. Tapi disebabkan meeting tu abis jam 1:00 pagi, mata pun dah ngantuk, saya postpone je to the next morning. Lagipun donut tu saja buat standby untuk budak2 yang ramai kat rumah tu (cucu2 atok....).

Kami balik ke Pasir Gudang pada malam Isnin sebab hubby masuk kerja hari Selasa. Pagi Selasa tu buat Donut Gebu lagi sebab Ayong kata dia malu2 nak makan masa kat rumah Atok hari tu.


Memang gebu sesangat le donut ni....


Petang Rabu pulak, saya teringin nak mencuba Tart Telur lagi tapi kali ini gunakan resepi Ida_Rahayu @ MyResepi pulak. Dapatla 16 biji tat telur yang molek2...


Tat telur sedia untuk dimakan...


Pagi semalam (Khamis), saya buat pulak Pau Kelapa ni. Actually ini adalah Pau Bagus oleh Jun @ Yummylicious tapi sebab saya gunakan inti kelapa (lebihan Kuih Ketayap), saya namakannya Pau Kelapa. Sebenarnya, gunakan inti apa pun boleh.....!!!


Baru lepas dikukus...masih dalam loyang kukus lagi!!!


Untuk dinner tadi saya cuma sediakan bubur nasi yang simple...dihidangkan bersama kacang tanah goreng, serunding daging, ikan bilis goreng dan jugak telur dadar nipis dihiris halus. Habis satu periuk....!





Dan malam tadi, sambil nengok tv, saya buat Cream Puff Jagung ni lagi. Baru bakar satu loyang, stop kejap sebab ada kawan datang berkunjung. Tapi tak sempat gak dia nak rasa puff ni sebab fillingnya belum dimasak lagi. Cuma sempat menjamu kawan dengan samosa dan teh-o aje....


Cream Puff Jagung....fillingnya diisikan oleh Abang Yang....


No comments: