Tuesday, January 13, 2009

Petang Selasa Nan Renyai...

Pagi tadi bangun macam biasalah...5:30 pagi. Tenggek air, gi mandi dan solat. Usai solat lebih kurang 5:50 pagi. Tak dengar pulak bunyi air dari bilik air Ayong. Rupa2nya dia tak terjaga lagi! Selalunya awal2 dia dah mandi. 4:30 pagi tadi dia dah bangun gosok baju, then dia tidur semula. Alamatnya, kelam-kabut dia sikit ari ni. Nasib baik sempat siap sebelum pakcik van datang. Saya turun semula ke bawah untuk sediakan sarapan. Sarapan simple2 jer...nasi goreng planta dan teh-o.

Masuk dapur je, nampak kain dah siap dibasuh. Pinggan mangkuk pun dah elok tersusun. Kat depan pun kain-baju dah ada yang kena lipat. Ni semua kerja my hubby la. Saaayyyaaannngggg hubby! Malam tadi saya kepenatan dan TERtidur awal. Hubby lak tak boleh tidur. So instead of doing nothing, hubby buat ler apa yang patut....

Petang tadi tiba2 hujan renyai2. Dah berapa lama tak hujan rasanya. Tiap2 hari angin kuat bertiup. Biasalah, bila dah angin bertiup, sang daun2 kering pun melayangkan diri mereka ke halaman rumah! Nak disapu, dia tentu datang semula....

Petang tadi sebelum Adik sampai dari sekolah, saya belek2 resepi yang saya dah print dan failkan. Teringin pulak nak makan Tat Telur. Saya gunakan resepi zlinda_mz @ MyResipi. This is my first attempt buat tat telur. Tak le susah sangat tapi terkial2 la jugak sikit2... sikit2 je!! Mula2 saya gunakan acuan tat yang kecil2 tu. Acuan tu pun cuma ada 6 biji je. Lebihannya saya gunakan acuan yang besar. Tapi lebih pulak fillingnya. Saya tuang je dalam acuan lain dan bakar... Inilah hasilnya. Walaupun tak le cantik dan licin bebeno tapi sedap!!!


Ini yang guna acuan kecil2...

Ini yang guna acuan besar...


Untuk dinner pulak, saya cuma masak Kicap Lada Hitam Selayang dan jugak Lemak Putih Sayur.

Ini la Kicap Lada Hitam Selayang....


Ini pulak Lemak Putih Sayur...

Lemak Putih Sayur ni sama je macam masak Lemak Putih Labu Manis tu cuma instead of labu, ganti ngan sayur2. Yang ini saya gunakan sawi, taugeh dan kobis.


2 comments:

Rafizah Nordin said...

dah 2 kali buat tart telur 2/2nye ikut resipi untie yochana.tgk resepi ni mcm nak try plak...

Azita said...

fillingnya manis skit. next time kalu akak buat lagi akak nak kuranglan gulanya. yg lain2 tu dah ok. rafizah cubalah yg ni plak...