Monday, January 12, 2009

Mesyuarat PIBG SMKPG1 Ke-24

Pagi semalam (Ahad) ada Mesyuarat PIBG SMKPG1 kali ke-24. Bermula 8:30 pagi dan hanya berakhir pada 2:00 petang. Satu hari yang panjang.......

Pukul 7:15 pagi hubby dah hantar Ayong ke sekolah sebab dia ada persembahan koir hari ni bersempena dengan mesyuarat PIBG tu. Lepas tu dalam pukul 8:00 pagi baru saya pulak bersiap2 untuk ke sana gak. Hubby tolong hantarkan sebab malas nak drive sendiri. Lagipun takut susah nak dapat parking lot. Selepas mendaftarkan diri kat kaunter penyambut tetamu, saya terus masuk dewan mesyuarat. Kumpulan koir dah siap beratur kat atas pentas. Ibubapa pun dah ramai gak yg memenuhi dewan mesyuarat. Saya cari tempat duduk yang agak ke depan sebab nak dapatkan view yang bagus untuk jadi uninvited photographer. Dapat le duduk kat row ke 4 dari depan.


Inilah kumpulan koir yang terdiri daripada ahli kelab pancaragam.... Ayong kat depan sekali..

Mesyuarat dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang, Cik Zaiton binti Idris. Cik Zaiton ni sebenarnya ialah bekas Guru Besar kat sini selama 8 tahun sebelum beliau naik pangkat sebagai PPD. Juga ada wakil dari YB Dato' Hj. Khaled bin Hj. Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi.



Pengetua SMKPG1 ialah Tuan Haji Ismail bin Abd Aziz, baru je balik dari menunaikan haji pada hari Isnin lepas. Yang DiPertua PIBG ialah Encik Abu Naip bin Sapuan tapi saya tak ingat pulak nama wakil Dato' Hj. Khaled Nordin tu. Sorry ye... Wakil Dato' Hj. Khaled Nordin tu datang untuk menyampaikan sumbangan komputer peribadi dan komputer riba (PC dan laptop) sebanyak 10 biji kepada sekolah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Dato' semasa menghadiri Mesyuarat PIBG kat sekolah ni tahun lepas. So bertambah le komputer kat sekolah ni untuk kemudahan anak2 belajar. Alhamdulillah!


Penuh jugak dewan mesyuarat tu. Masa rehat, guru2 mengagihkan sedikit makanan kepada ibubapa yang hadir - bihun goreng dan mineral water. Lepas tu ada ceramah sikit untuk ibubapa oleh penceramah jemputan, Tuan Haji Muhammad Tuah bin Atan. Best dengar dia ceramah, penuh dengan joke yang membuatkan kami tidak boring mendengarnya hinggakan cikgu terpaksa bagi nota pada dia suruh berhenti. Hampir sejam beliau "membebel".....

Selepas tu baru le mesyuarat bermula. Penat gak nak tunggu mesyuarat tu abis. Yang lama tang bincang pasal bayaran sumbangan persekolahan dan juga berkenaan bayaran keahlian PIBG. Saya cuma tumpukan perhatian kepada Tingkatan 3 aje. Setelah diusulkan oleh YDP & Guru Besar, jumlah yang kena bayar ke sekolah dan PIBG ialah lebih kurang RM150.00. Banyak juga ye.. Itu baru Ayong sorang, belum lagi Abang Ngah dan Abang Yang. Yang itu tak tau lagi berapa pulak... Sebelum majlis selesai, ada cabutan bertuah untuk ibubapa dan guru2. Tapi saya dah tau nasib saya. Tiap kali ada cabutan bertuah mesti saya tak bertuah. So, semalam tu pun tak bertuah jugak.

Saya call hubby suruh dia datang jemput. Then kami terus gi SDS untuk menjamu selera dan mengisi perut yang dah berdendang sayang.

Inilah yang kami makan semalam...


Anak2 tengah kusyuk menjamu selera masing2...

Lepas makan, kami singgah jap kat nursery. Hajat nak beli tanah dan baja tapi terbeli pulak pokok bunga dan pokok cili purple sekali.

Ini yang kami beli kat nursery tu...

Sampai rumah, terkejut tengok rumah dah diubahatur oleh hubby dan hero2nya. Memang malam sebelum tu ada cakap2 ngan hubby esoknya nak ubah2 sikit kedudukan sofa, meja makan dan tv tu. Then saya terus bersihkan diri dan solat. Badan terasa gak penatnya. Ingat nak baring2 kejap untuk merehatkan diri tapi tak jadilah. Kat dapur ada pisang tanduk dan pisang nipah yang dah elok masaknya untuk digoreng. Then saya pun meringankan tulang sikit nak buat minum petang untuk hubby dan anak2.

Pisang tanduk dan pisang nipah yang telah digoreng.

No comments: