Saturday, January 24, 2009

Apa Ada Kat Belakang Rumah???

Siapa nak jawab dulu ni? Ok la...saya jawab dulu!!! (sendiri tanya...sendiri jawab?????). Kat belakang rumah saya ni ada la tanah sikit. Itupun sebab dapur belum extend lagi. Kalau dah extend macam orang2 lain tu, tak ada la tanah lagi....! Kat belakang tu saya ada tanam pokok pisang nipah, pisang 40 hari, pokok pandan, lengkuas, serai dan jugak pokok bunga kantan. Yang dah banyak kali mendatangkan hasil of course le pokok pandan sebab as long as ada daun, dah keluar hasil la tuuu...! Ada sapa2 yang nak daun pandan, silalah datang ke rumah..... FOC je!!!

Pisang nipah ni pun dah puas makan hasilnya. Tiap kali berbuah, paling kurang ada 8 sikat. Tiap sikat buahnya bersaiz XXL...puas hati kalau menggoreng masa tengah mengkal2 tu. Dah lembik2 saya tak suka pulak... Sekarang ni ada setandan kat belakang tu. Nak offer jugak ni...siapa nak??



Pokok pandan ni pun dah banyak kali kena buang dan tanam semula. Kalau dah lama2 sangat pokoknya dah agak tinggi sebab akar dah timbul. Nampak semak pulak...tu yang cabut dan tanam semula tu!



Disebelah kanan pokok pandan ialah pokok pisang 40 hari. Ni baru aje tanam, belum dapat hasil pun....ambik dari rumah MIL. Kat sebelah kiri pandan tu pulak ialah pokok bunga kantan. Pun sama umur ngan pisang 40 hari tu. Belum gak dapat tuai hasilnya. Antara pandan dan pisang 40 hari tu ada pokok lengkuas.... Tak nampak kan?? Lengkuas ni saya transfer dari depan rumah nun... Kat depan tu dulu penuh ngan lengkuas. Hubby dah bersihkan untuk buat taman, then transfer ke blakang rumah pulak. Dah dapat hasil dah..!!! Apa ada lagi ya??? Haaa...yang ini bukan dari kategori tanaman tapi kategori KENDERAAN!!!! Kenderaan apa yang duduk belakang rumah??? BASIKAL!!!! Tapi tak de gambo le.... Basikal yang dah tak digunakan tapi spare partnya masih elok. Kalau basikal hero2 tu ada masalah, hubby akan dapatkan spare part yang berkenaan dari basikal ni. Tak lama lagi basikal ni akan ladi besi buruk plak!!!

Dan projek terkini kami ialah tanaman sayur2an.... Yang ni tak boleh show lagi sebab masih dalam proses penyemaian benih2 dan membuat batas2. Adalah kami tanam tomato, okra, cili, jagung sikit. Ikut saiz tanah la kan!!! Kang jadi hutan belantara plak kat belakang tu... Nak ikut seruan kerajaan plak...berbakti pada tanah! Nanti tak payah nak beli sayur lagi...save cost sikit kot....!

Pokok kari, daun kunyit dan limau purut ada kt depan rumahnun...dalam pasu! Pokok nenas pun ada tau saya tanam kat sebrang jalan depan rumah. Ada la 3 pokok!!! (3 ajer????). Pokok inai pun ada.....
Issshhh...tadi tanya apa ada kat belakang rumah. Sekarang cerita pasal depan rumah la pulak. Dah lari topik ni....

2 comments:

princessharyati said...

cantik yer tandan pisang tu .. tunggu nak masak.. tu... selamt ler pisang2 tu

Azita said...

mmg besar tandannya...kalu dah masak, mg slamat...!!!!