Thursday, January 8, 2009

Adik Ke Sekolah

Cerita Adik ke sekolah lagi! Tengah excited ni sebab Adik sendiri excited dengan sekolah dia. Hari2 bercerita dan bercakap pasal sekolah. Orang sekolah sekadar 5 hari seminggu, itupun waktu siang je. Dia kalau boleh nak sekolah pagi, petang, siang, malam, then 7 hari seminggu. Malam2 pun cakap nak gi sekolah....! Apatah lagi Sabtu dan Ahad. Almost setiap malam dialog ini akan keluar :
"Mak, gelap2 ni cikgu ada kat sekolah ke?. Adik nak pergi sekolah".
"Malam2 ni mana ada cikgu kat sekolah. Cikgu dah balik rumah dia".
"Nanti siang2 cikgu ada kat sekolah ya mak?".
"Ya, cikgu tunggu Adik datang".


Adik dah pandai pakai stokin sendiri...

Ready dah tunggu van datang kat luar....

Sempat bagi satu pose istimewa....

Ada pulak cerita kartun kat tv #OKTO. Nengok je dari luar sliding door....
Sebenarnya Adik tak sihat sejak Isnin ari tu lagi. Badannya "dedo" (pronouce "the door" - cakap orang Perak ni...) sikit dan matanya nampak bertaik je walaupun tak banyak. Nasib baik hari Isnin tu Pintar Bistari tak sekolah sebab pentadbiran sekolah bagi peluang pada guru2 untuk hantar anak2 ke sekolah...hari pertama sekolah la katakan!! Tapi hari Selasa tu dia pergi sekolah jugak. Masa balik dari sekolah tu, kesian tengok mata dia, dah berjeghait dengan taik mata dan badannya panas. SMS hubby suruh balik awal, nak bawak Adik ke klinik. Petang tu terus bawak Adik gi klinik. Dapat ubat cair 4 jenis dan jugak ubat sakit mata. Lepas dinner terus makan ubat. Nasib baik dia memang senang makan ubat. Tak perlu pegang kaki dan tangan. Dia yang suap sendiri ubat2 tu. TAPI tang ubat mata ni ada masalah sikit.... Memang dia tak pernah guna ubat mata sebelum ni. Bila cakap je nak bubuh ubat mata, dia pun terus baring dan pejamkan matanya kuat2. Lepas tu dia kata mata Adik sakit dan tekup kedua2 belah tangan kat mata. Tak nak letak ubat le tu... Macamana nak letak ubat cam gitu? Haa.... ugut je dia sikit. "Esok nak gi sekolah tak? Kalau nak bubuh ubat mata dulu. Nanti mata Adik sakit, cikgu tak bagi pergi sekolah". Laju je dia bukak matanya....!! Adik....Adik....!!!


No comments: