Friday, January 9, 2009

Sekolah dan Makan-makan...

Dah lama saya nak membuat Cinnamon Roll ni tapi baru semalam berkesempatan. Itupun dah malam baru dapat bakar. Tapi saya tak buat pun toppingnya, cuma lebihkan gula perang sikit. So terasa le kemanisannya. Baru anak2 suka...!



Siang tadi saya memasak lebih awal dari biasa. Sekarang ni, sejak anak2 dah mula sekolah, 5:30 pagi dah bangun. Terus siapkan sarapan sebab van Ayong datang dalam 6:20 pagi. So kena cepat2 le. Dalam masa yang sama, masukkan kain-baju ke dalam mesin basuh dan biarkan mesin tu yang buat kerja dia. Tak perlu diganggu.....hehehe. Lepas tu baru le saya menyiapkan diri dan solat Subuh. Sempat le sebelum Ayong pergi sekolah. 6:30 pagi baru kejutkan Abang Yang (Tahun 4) untuk ke sekolah agama. Sekolah agama bermula 7:15 pagi, van datang dalam 6:55 ~ 7:00 pagi. Kalau sempat dia akan sarapan dulu. Lepas dia pergi barulah hubby dan saya pulak bersarapan. Abang Ngah (Form 1) sekolah sebelah petang. Lepas Subuh dia sambung tidur lagi...kadang2...!

Untuk lunch tadi saya masak Lemak Kacang & Kerang dan jugak Ayam Goreng Kari Rangup. Then ada buah tembikai susu sebagai pencuci mulut. Tengahari hubby balik sebab nak gi sembahyang Jumaat. Abang Ngah dan Abang Yang terus ke sekolah selepas balik dari sembahyang Jumaat. Masa nak gi sembahyang Jumaat tu, dema dah siap pakai baju sekolah dan bawak beg sekali. Abang Ngah bawak bekal nasi dan ayam goreng tu. Abang Yang tak nak bawak bekal pulak.







Tengahari tadi, masa Ayong balik dari sekolah, 2 orang kawannya ikut sekali turun dari van sekolah tu. Pakcik van tu pun heran, kenapa pulak si Basyi dan Nabil tu turun ikut Ayong? Petang tadi mereka ada latihan pancaragam kat stadium. Mula pukul 2 petang. Basyirah dan Nabila kalau balik rumah puntak ada sesiapa sebab emak abah dema kerja. Sebab itu mereka ikut Ayong. Since Adik tak ada kat rumah, tentu Basyi rasa lega sikit sebab Adik suka sangat dengan si Basyirah ni.

Lepas hubby gi sembahyang, barulah dema turun-naik. Lepas mandi dan bersiap2, baru dema makan. Tak le segan sangan dema sebab hubby tak ada.... Then 1:50 pm baru gi hantar mereka ke stadium. Habisnya pukul 5:30 petang.....

No comments: