Thursday, January 29, 2009

Balik Kampung

Ni nak cerita la sikit pasal bali kampung hujung minggu ari tu. Pagi Ahad lepas kami balik ke kampung MIL. Kami balik sebab ada perbincangan keluarga pasal majlis perkahwinan adik hubby pada awal bulan Mac nanti. Adik ipar hubby ikut kami balik sekali sebab hubby dia ada konsert kat Penang dan on the way balik, terus singgah kampung. So, isteri dan anka2nya balik saing kami. Nasib baik kawan adik hubby tu ada tinggalkan kereta kat rumah dia. Mereka ke Penang naik kereta adik hubby aje.

Pukul 9:00 pagi kami keluar dari rumah menuju ke Taman Scientex untuk ambik CT dan anak2nya (adik ipar hubby). Ada Myvi putih kat depan rumah dia. Saya ni memang terror bawak kereta tapi kalu bab suruh bawak kereta orang tu...berat sikit! Since CT tak ada lesen memandu, hubby drive Myvi bersama hero2 dan saya drive kereta sendiri bersama heroin2... Tepat 12:00 tengahari kami sampai ke kampung.



Sebelah malam baru kami mengadakan perbincangan keluarga pasal majlis perkahwinan tersebut. Semua adik-beradik hubby ada berkumpul. Sampai 1:00 pagi baru selesai. Tugas2 dah pun dibahagi2kan. Dan saya pun ada tugas yang kena diselesaikan untuk majlis tu nanti. Disebabkan adik-beradik kesemuanya lelaki, jadi bab2 yang berkaitan dengan "keperempuanan" terpaksa diserahkan kepada ipar2...




Sepanjang berada di kampung, cuaca pulak tak berapa baik. Selalunya panas je tapi hari tu asyik hujan je pulak. Kengkadang je redanya, walaupun hujan tu tak lebat tapi berterusan. Petang Isnin tu cuaca mendung je. Hajat di hati nak tengok gerhana matahari tapi setelah puas meneropong, tak nampak apa2 pun... Tak ada rezeki le tu... Best kan kalau dapat tengok gerhana tu? Siapa dapat tengok???

2 comments:

Azie said...

msia ...tak dpt tgk jelas ler kak..indon dpt jelas gak...
wahhh lawooo ler bunga kektus tu...

Azita Zain said...

tapi kalu cuaca elok mesti dpt tengok. ari tu cuaca kat kg x elok ar... bunga kaktus mmg unik!