Friday, January 16, 2009

Lunch Today...

Disebabkan hari ini hari Jumaat, awal2 pagi lagi saya dah keluarkan lauk dari peti beku. Tengahari nanti hubby akan balik makan sebelum ke masjid untuk solat Jumaat bersama anak2. Tak plan lagi nak masak apa ni. Keluarkanlah ayam dan ikan. Ikut la menu apa yang akan keluar nanti, baru pilih samada ikan ataupun ayam.

Akhirnya keluarlah menu Nasi Ayam Pandan. Namanya aje nasi ayam tapi bukan macam nasi ayam biasa tu sebab nasinya aje saya buat macam nasi ayam tapi lauknya lain. Untuk lauk, saya masak Ayam Pandan dan sayur pulak saya masak Sayur Goreng Campur. Dihidangkan bersama Rojak Betik. Kuah rojak buah ni saya belajar dari SIL. Dia ada gerai kat kampung nun...












Dan macam minggu lepas, Basyirah dan Nabila singgah rumah jugak sebab petang ni mereka ada latihan pancaragam kat Stadium Tertutup Pasir Gudang. Mereka ni adalah kawan rapat Ayong dan mereka jugak tinggal kat area sini.

No comments: