Wednesday, January 7, 2009

Birthday Abang Yang (Azrai)

Dah 7hb hari ni baru nak cerita pasal birthday Abang Yang pada hari Sabtu lepas (3hb January 2009). Sabtu lepas genap umur Abang Yang 10 tahun. Dah masuk Tahun 4 sekolah kebangsaan. Cadang nak buat birthday cake sendiri sebab ari tu dah belajar dengan Nina cam mana nak hiaskan kek tu tapi sebab sibuk berlari ke sana dan kesini, langsung tak berkesempatan nak buat kek tu. Last2 hubby gi beli gak kat SDS.

Tu la, pagi2 dah gi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SMKTPP) untuk daftar Abang Ngah masuk Tingkatan 1. Dah bawak borang2 pendaftaran tapi boleh tertinggal pulak Kad 001 dari sekolah rendah dulu. Berkejar hubby balik ke rumah jap ambik semua dokumen yang dapat dari sekolah kebangsaan dulu. Nasib baik sekolah dekat je ngan rumah. Lepas tu mereka dimasukkan ke dalam kelas2 sementara, tak ikut ranking. Siapa cepat dan complete dokumen yg dibawa, dapat masuk kelas yg atas. Abang Ngah sementara ni masuk kelas 1C - ni gara2 tertinggal dokumen tu la! Semasa murid2 bawak dokumen untuk register kat dalam kelas masing2, ibubapa pulak ada taklimat. Penerangan serba sedikit tentang sekolah - polisi, peraturan dan sejarah serta prestasi. Kejap aje pun.

At the same time, saya pulak gi hantar Ayong ke sekolah sebab dia ada latihan koir untuk meeting PIBG hari Ahad nanti. Sebelum tu gi jemput kawan dia dulu. Kawan dia tumpang sekali. Mama dan papa dia kerja. Tapi tak jadi masalah sebab satu perjalanan. Lepas tu ada jemputan kat rumah Kak Tum. Kenduri kahwin anak perempuannya yang no.2.

Sampai waktu petang, Abang Yang kelihatan resah jer. Asyik kata, "Macam tak meriah je hari ni...". Tapi mak dan abahnya saja2 buat don't know jer. Then lepas maghrib baru hubby gi beli kek dan KFC sikit. Tak nak beli banyak2, nanti banyak2 pulak anak2 dan emak abahnya makan!!! Tapi ada masalah sikit pada birthday cake tu. Same mistake as last year. Dah dua kali hubby TERSILAP nama birthday boy kat atas kek tu. Hubby still confuse between AYI (Abang Ngah) dan AYAI (Abang Yang). Last year dia tulis nama Ayi instead of Ayai. Same mistake happen again this year.... So untuk ambik hati Abang Yang yang terguris tu, hubby buangkan huruf "I" kat atas kek tu. Cuma tinggal "AY" jer.... Whatever la!!


Birthday boy depan kek ngan lilin sebatang...10th.

Muka monyok sebab lilinnya dah ditiup oleh Adik....

Hidangan malam birthday...

Birthday boy and birthday cake...

Jom makan2...

No comments: