Sunday, January 11, 2009

Keropok dan Koir

Apakah kaitan antara keropok dan koir???

1. Dua2 bermula dengan huruf "K"
2. Disebabkan koir la tengahari tadi makan keropok ajer... ada ka patut??
3. Disebabkan koir jugalah, terbelinya keropok ni (yg mentah le...)



Sebenarnya esok ada mesyuarat PIBG kat SMKPG1. Ayong dipilih untuk menyertai kumpulan koir yang akan buat persembahan esok. Cikgu incharge Kelab Kebudayaan, Muzik dan Koir tu pilih budak2 yang menyertai kelab pancaragam untuk dijadikan kump koir. Ni disebabkan kesuntukan masa utk berlatih. Dan hari Isnin lepas Ayong bawak balik kain untuk dibuat baju kurung untuk dipakai masa koir nanti. Cikgu suruh buat sendiri... Tapi kan, kainnya jenis yang murah tu...yang kalau kita tarik kain tu, mesti pecah. Dah le licin kainnya, baju dan kain warna lain2. Ngam2 2m setiap kaler...peach untuk kain dan purple untuk baju.

Untuk Ayong, saya jahit sendiri sebab saya memang "terror" menjahit. Ada jugak kawan dia yang hantar kat tailor, upah buatnya RM47. Rasanya harga kain tu tak sampaipun RM30 kot. Semalam (Jumaat) baru saya gunting dan hantar jahit tepi. Jahit tepi jer dah kena RM2.50. Then petang tadi, lepas hantar Ayong gi latihan koir kat sekolah, baru saya mula menjahit. Buat kain dulu sebab senang jer... Malam baju jahit baju pulak.


Inilah baju kurung yang dah siap dijahit dan digosok.

Ini pulak dengan kainnya yang berwarna peach...

Ayong tak cuba lagipun, dia dah tidur. Penat agaknya...5:30pm tadi baru abis latihan. Start pukul 2pm...

2 comments:

Azie said...

murahnya jahit tepi...kat mana tu kak? so far kalu kita nk jahit tepi sure paling murah rm3.50 tau huuhuhuh...waaaa leh belajar jahit ngan akak ni heheheheh

Azita Zain said...

akak jahit tepi kat kedai kenalan tu..kat area jiason lama, blkg skpg1. nak blaja menjahit?? jommmm..!!