Thursday, December 31, 2009

Alahai! Kasut Sapa Pulak Ni???


Hari pertama ke sekolah. Perginya tadi saya hantar tapi balik dah naik van. Van baru tau! Plastik pun belum tanggal lagi....




Haaaa...kasut sapa pulak ni???

Inilah kasut yang Adik pakai masa balik dari sekolah tadi. Kasut ni kepunyaan Alya Mahirah. Siapa dia?? Entah, saya pun tak tau. Kata Adik, dia cari kasut dia tapi tak ada. Dia pakai je kasut yang ada. Isshhh...mesti mak budak tu pun heran jugak sebab anaknya pun dah tentu balik dengan kasut lain. Kalau setakat mereka berdua je tak apa tapi kalau melibatkan budak2 lain lagi, macamana??? Pening....!!!

2 comments:

ima said...

Salam Kak ita,
anak saya masa kat tadika dulu pun sama lah macam ni, bawa balik kasut budak pompuan. Dia org semua pun tadika kat pintar bistari tapi caw. taman mawar.

Azita said...

Ima, anak akak tu pun kt tmn mawar gak. ari tu akak gi anta kasut tu ke sekolah. masa tu mmg dah beli kasut baru utk Adik. cikgunya kata dia mcm nak nangis sbb cari kasut dia tak jumpa. budak pompuan tu plak sesi pagi...adik sesi petang.