Tuesday, December 1, 2009

Ngeteh Di Petang Ahad

Hari Ahad lepas Ayong ada latihan pancaragam lagi. Sebenarnya latihan tu dalam 3 hari bermula dari Sabtu hingga Isnin, dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Ahad lepas hubby kena pergi kerja sebab ada machine problem dan boss hubby pulak suruh dia compile report investment for next year. Chairman is coming on 2nd December so they have to present that report.

Hubby balik dalam pukul 3:00 petang. Mula2 kami rancang nak pergi ke majlis perkahwinan rakan sekerja hubby di Pagoh. Kedua2 mempelai adalah kakitangan tempat kerja hubby, pengantin perempuan di HR Department manakala pengantin lelaki pulak kat GA (General Affair) Department. Mintak maaflah pada kedua2 pengantin (Nurul dan Farissan) sebab tak dapat nak menghadiri majlis tersebut.

Semasa hubby nak pergi jemput Ayong, kami semua ikut sekali. Alang2 dah semua ada, saya ajak hubby gi minum kat mana2. Mula2 hubby pusing di Taman Mawar tapi kedai yang dia target tu tutup pulak. Then kami menghala ke Taman Bukit Dahlia pulak. Kat situ ada sebuah restoran tapi saya ingat2 lupa pulak namanya. Kalau tak silap, Restoran Tirmizi....kalau tak silaplah! Kami singgah kat situ....kali pertama ke situ. Masing2 mengorder roti canai dan teh tarik. Adik dan Abang Yang order roti telur dan  yang lain2 sekadar roti kosong TAPI 2 keping sorang!!!!



Roti kosong saya punya...!



Teh tarik...



Roti telur Adik punya...!



Ayong, Abang Yang dan Abang Ngah kat meja sebelah...



Portion hubby dah abis...!



Adik...!

No comments: