Wednesday, December 30, 2009

Makan-Makan

Selepas jalan2 kat Putrajaya tu, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang. Emak dan Kak Ngah (anak sedara saya) turut serta. Seminggu emak bersama2 kami di Pasir Gudang. Tapi tak bawak emak jalan mana2 pun sebab emak tak berapa sihat dan hubby pulak terus2an bekerja.

Makanan? Emak saya tu banyak penyakit jadinya tak boleh makan sebarang. Yang manis2, yang masin2 kena tolak ketepi. Kalau setakat nak jamah sikit tu, tak ada masalah. Itu yang saya tak berapa nak memasak macam2 tu. Selera emak lebih kepada sambal2, ulam2 dan ikan masin. Ikan masin ni pun kena control sebab ada darah tinggi. Masakan yang lain2 tu cuma yang biasa2 je.



Banana split untuk anak buah yang datang...


Apam Comel Berinti Blueberry...


Puding Roti...

No comments: