Friday, December 25, 2009

Kembali Bersiaran!

Salam sejahtera untuk semua pengunjung. Selepas hilang lebih seminggu, kini saya kembali bersiaran! Ke mana menghilang? Hmmm...ada cerita disebaliknya. Saya cerita yang ringka2 je dulu ya. Minggu lepas saya balik kampung, ke Chemor, Perak, bersama dengan Adik je. Balik naik bas dari Johor Jaya hari Selasa minggu lepas. Bas bertolak jam 9:30 malam dari JJ Square. Lepas tu singgah di Terminal Bas Larkin sebelum ke Terminal Bas Taman Tun Aminah. Lepas ada singgah lagi satu tempat tapi tak perasan pulak kat mana. Ambil orang jugak kat situ tapi tak le lama. Lepas tu baru meneruskan perjalanan tanpa henti ke utara. Sampai ke Chemor jam 5:00 pagi.

Selama dua setengah hari saja di kampung sebab Jumaat petang dah ke KL pulak. Destinasi kami ialah ke rumah adik saya di Putrajaya. Ke sana dengan menaiki bas jugak tapi kali ini emak dan sorang anak sedara turut serta. Hari Sabtu pulak kami ke Taman Puchong Permai, melawat bapa saudara yang sakit. Baru keluar dari hospital kerana ada kuman dalam tulang belakang. Jam 1:30 petang, hubby sampai bersama 2 orang hero kami. Mereka bertolak dari Pasir Gudang pada pagi Sabtu tu selepas hantar Ayong ke stadium. Ayong tak turut sama sebab ada rombongan pancaragam ke KLWMBC di Cheras.

Pagi Ahad kami jalan2 di sekitar Putrajaya sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang bersama emak dan Kak Ngah (anak sedara tu...). Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah jam 5:00 petang. Sepanjang perjalanan kejap hujan kejap panas. Banyak pulak kemalangan di lebuhraya PLUS tu. Alhamdulillah, perjalanan kami dilindungi olehNya....

Cerita2 dan gambar2 akan dibuat dientry seterusnya. Sekarang ni kurang dapat bersiaran sebab emak berada di sini. Banyak menghabiskan masa bersama emak...


No comments: