Akhirnya, kami ke Persada Johor pagi tadi. Tapi sebelum ke Persada Johor, kami singgah bersarapan di Petronas dulu. Biasalah, Adik dengan roti canai telur dan milo aisnya. Hubby makan pulut kuning dengan rendang ayam, Abang Ngah dan Abang Yang pun makan roti canai sekeping seorang. Ayong dan saya sekadar makan kuih 3 ketul saja. Air....teh tarik!
Sampai di Persada Johordalam 11:30 pagi rasanya. Punyalah ramai pengunjung! Yalah...hari terakhir hari ni. Mesti ramai yang nak grab berbagai2 gadjet. Tujuan kami sekadar nak cari memory card untuk kamera dan juga handphone. Masa tengah jalan2 kat dalam tu, terserempak dengan Shidah sekeluarga. Dia bercadang nak mencari sebiji laptop katanya. Wallahhualam samada dia dapat sambar ke tidak... Punyalah ramai orang kat dalam hall tu. Nak berjalan pun bersesak2. Sebenarnya, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke PC Fair dan juga ke Persada Johor. Hehehe....malunya! Tak apa...dah ada pengalaman. Tapi barang PC kat sini memang murah dan banyak pilihan. Kami beli 2 micro SD (8GB) untuk handphone, 1 SD card (16GB) untuk kamera dan hubby beli juga thumb drive 16GB.
Tak lama pun kami di situ. Dapat je barang yang dicari, pusing2 kejap, kami pun keluar. Tanya anak2 samada lapar ataupun tidak, masing2 kata tak lapar. So kami terus menuju je Johor Jaya Square pulak. Nak cari tiket bas untuk balik kampung. Tanya kat kaunter selalu tu untuk 4 tempat duduk. Memang ada kekosongan. Alhamdulillah! Tanya pulak harga untuk satu tiket. RM65!!!! WOW...!!! Semahal ini?? Biasa tu RM50 - RM55 je. Rupanya2 sebab dekat2 nak public holiday - Awal Muharam, Krismas dan Tahun Baru. Harga tiket pada waktu2 puncak tersebut melambung ke RM80 kata aci kat kaunter tu. Ishhhh...tanya pendapat hubby dulu samada nak beli 4 tiket ataupun 2 tiket sahaja. Kalau 2 tiket, maknanya saya dan Adik saja yang akan balik. Selepas berbincang, akhirnya saya beli 2 tiket sahaja. Hari Selasa jam 9:30 malam.
Selepas tu kami singgah di Tesco Extra sebab Ayong nak cari jam tangan yang sama dengan geng2 dia. Lepas tu baru kami singgah makan di Tesco Sri Alam sebelum balik terus ke rumah.
No comments:
Post a Comment