Salam sejahtera untuk semua. Ni baru nak bercerita pasal kiash balik kampung 2 minggu lepas. Baru hari ini ada kelapangan sikit untuk bercerita.
Sebenarnya saya cuma berada di kampung selama 2 hari setengah je. Sebabnya, saya sampai kampung pada subuh hari Rabu dan bernagkat ke Putrajaya pulak pada awal petang Jumaat tu (Awal Muharram). Jadinya, betullah 2 hari setengah je, kan??? Ha...tolong kirakan dengan jari, betul tak? Kat kampung tak ada apa2 yang istimewa sangat nak diceritakan. Cadangnya nak bawak Adik ke "Tambun - Dunia Yang Hilang" tapi hajat terpaksa dibatalkan sebab tak ada geng nak pergi. Takkan le nak pergi berdua dengan Adik je, kan? Tak best le. Ada gak mesej2 ngan Chik Mi, angan2 nak jumpa di "Tambun - Dunia Yang Hilang" pada hari Sabtu tapi hajat yang ini pun tak tercapai sebab saya dah ke Putrajaya pada hari Jumaat tu. Tak apalah, mungkin lain kali kami boleh bersemuka....kan Chik Mi???
Kat kampung pun tak ghairah nak snap gambar. Entah le...tiba2 je rasa macam tak ada mood nak pegang kamera. Cuma ini je yang saya snap....ABC Special ngan Mee Kari. Dalam hujan2 tu saya order ABC dan mee ni dari gerai SIL bersebelahan rumah emak.
ABC
Mee Kari
Kami menaiki bas ekspres dari pekan Chemor pada jam 3:15 petang. Sampai ke KL dalam jam 6:15 petang. Turun di Puduraya tapi disebabkan oleh jalan yang sesak, semua penumpang disuruh turun berhampiran dengan Hospital Tung Shin (betul ke...???). Then Bam (adik saya yang ke-5) dan Yanti (SIL saya) datang jemput kami kat situ sebelum terus ke Putrajaya ke rumah adik saya yang ke-3. Maghrib baru sampai ke Presint 8 tu. Alhamdulillah...perjalanan untuk hari tu dah selamat!
No comments:
Post a Comment