Ini cerita hari Khamis lepas. Baru sekarang nak upload. Hari Khamis lepas Ayong berpuasa. Awal petang tu memang saya dah bakar muffin ringkas ni. Dapat 6 biji je...cukup2 sebiji seorang. Masa nak sediakan juadah berbuka puasa, cari2 stok dalam petiais. Alamak...stok lauk tak ada la pulak! Capai h/phone dan sms hubby. Bla...bla...bla...akhirnya hubby decide nak beli aje. Tapi hidangan hanya boleh sampai selepas waktu Maghrib. Pada masa yang sama, saya sediakan air cendol dulu. Ada stok kelapa parut dan cendol dalam petiais. Saya kisar kelapa parut dengan air tapis dan perah untuk dapatkan santan asli. Kemudian masak sedikit air gula merah. Campur-adukkan....dah siap!
Sementara nak tunggu juadah yang hubby beli sampai, Ayong berbuka dengan muffin dan air cendol saja dulu. Adik pulak mintak buatkan roti sapu dengan mentega dan tabur gula. Nak 10 katanya... Tapi saya buatkan 6 set aje (= 6 keping roti). Bila hubby dah balik dan "curi" rotinya 1 set, siap Adik marah abahnya lagi! Kenapa ambil roti Adik??? Marah setakat itu je la.... Selepas tu habis dimakannya bahagian dia bersama air cendol dalam bekas McFlurry tu.
Dan juadah yang hubby tapau malam tu ialah mee hailam. Alhamdulillah...!
No comments:
Post a Comment