Apa nak jadi dengan rumah saya ni???? Asyik tayang gambar makanan jer!!! Pulak tu, semuanya yang dah basi...! Dah le rumah ni dekat2 nak bersawang... tiba2 tayang pulak gambar makan2! Ishhkkk...biar betul! Betul3x...! Tak salah pandang wahai pengunjung sekalian. Memang saya sedang menayangkan menu2 saya yang lepas2. Dah tak online hari2 sebab anak2 tengah bercuti...sibuknya lain macam sikit....heheehe!
Mula2 nak tayang menu sarapan Khamis lepas (bukan Khamis akan datang ye...!). Sandwich telur campur mayonis, lepas tu bakar guna sandwich toaster.
Lepas tu ada jugak Ubikayu Lenyek. Ada sapa2 yang tau nama resepi ni tak? Alaaa.....macam nak buat Ubi Getuk tu (menu orang Johor @ orang Jawa....) cumanya versi tak digoreng. Potong2 ubikayu tu, lepas tu direbus hingga empuk. Toskan airnya dan lenyekkan dengan garfu ke, senduk ke...hingga lenyek. Lepas tu campurkan gula secukup rasa dan juga kelapa parut. Kacau hingga gula hancur. Gula tu senang nak hancur kalau kita lenyek masa tengah panas lagi. Cam gitu je nak buatnya...
Kalau dua hari sebelum tu, makan tengahari dengan Laksa Penang, kali ini dengan KFC pulak. Saya beli yang set ayam 9 ketul tu je. Nasib baik ada bahagian paha. Adik kalau makan ayam, dia mesti nak KEPAK. Tapi kalau bagi kepak ayam, dia tak nak makan. Dia kata nak bahagian yang boleh pegang cam gini tu (dia tunjukkanlah aksinya...). Rupa2 bukan kepak tapi PAHA..!!! Isshhhh...sapa yang ngajo dia ni???
Sebelah petang pulak, baki Ubikayu Lenyek pagi tu, saya bola2kan pulak. Lepas tu celup dalam bancuhan tepung dan goreng. Maka, jadilah Ubikayu Balls!!! Ada jugak keropok bawang warna-warni. Saya goreng sekali. Abis...!!!
No comments:
Post a Comment