Sunday, December 13, 2009

Meehon Sup



Ringkas sahaja cerita saya kali ini. Hari Jumaat lepas, macam Jumaat2 yang lepas, hubby akan balik untuk makan tengahari sebelum ke masjid bersama anak2. Juadah makan tengahari merangkap juadah berbuka puasa untuk Ayong ialah Meehon Sup. Kali ini meehon sup saya tidak seperti meehon sup yang lepas2. Selalunya saya akan masak sup ayam tapi kali ini saya cuma renehkan air bersama kiub ayam sahaja. Konon2nya nak ikut gaya meehon sup yang kami makan kat Danga Bay hari tu. Bahan2 hiasan sekadar telur puyuh, tauhu goreng, sawi + taugeh, fishcake dan udang yang dicelur dalam kuah. Ringkas sahaja!


No comments: