Wednesday, December 9, 2009

Makan2 Hari Jumaat

Makan lagi!!!! Ini pulak menu untuk Jumaat lepas. Pagi2 saya masak Nasi Goreng Kicap aje. Senang sangat nak buatnya...main campak2 aje. Selalu tu buat nasi goreng kosong aje, baru kali ini mencuba yang berkicap. Sedap pulak kata anak2. Mana taknya...tak pernah buat sebelum ni. Itulah anak2....setiap menu tu tak boleh buat selalu. Kena buat jarang2...barulah laku dan abis!!!




Daging korban masih ada 2kg lagi. Jadinya untuk makan tengahari Jumaat lepas, saya masak Kari Daging Kerisik. Selalunya, emak saya suka masak macam gini masa hari raya. Sedap dimakan dengan lemang selain dengan rendang. Ini pun senang jugak nak membuatnya. Sama juga macam nak masak kari biasa tu. Bezanya cuma kita campurkan kerisik bersama rempah kari dan kuahnya mesti pekat2. Baru sedap!!!!




Yang ini pulak saya yang teringin! Tapi sebab tak sabar punya pasal, jadilah Puteri Ayu yang tidak ayu ni. Apa2pun, rasanya tetap mabeles...! Abis gak makan dengan anak2. Setiap kali siap mengukus, mesti abis dek anak2. Sudah2nya, saya ngap je masa mengeluarkannya daripada acuan. Kalau tak buat macam tu, kempunan jugaklah saya!!!




Dan lagi2 Kuih Bakar. Pagi2 lagi saya dah membakar kuih ni. Teringin jugak lagi! Isshhhh...asyik teringin je semenjak dua menjak ni. Ikutkan baru beberapa hari sebelumnya saya dah bakar kuih ni juga. Macam2 menu bermain dikepala, menunggu masa je! Puteri Ayu dan Kuih Bakar ni sebagai juadah minum petang kami.



No comments: