Tuesday, December 29, 2009

Ke Puchong Permai

Hari Sabtu tu pulak (19hb Disember), kami ke Taman Puchong Permai pulak. Ke rumah emak saudara saya (adik perempuan emak...). Kami ke sana dah tengahari sebab Eje (adik saya kat Putrajaya tu...) terpaksa ke office dulu. Dia bekerja di IT Dept, Fakulti Sains, UPM Serdang. Entah ada emergency apa terpaksa dia ke sana dulu selepas ke pasar dengan Maz (SIL saya) membeli lauk dan sayur2 serta sarapan kami pagi Sabtu tu.

Saya dengan emak saudara saya yang di Puchong Permai tu (Wan Chu), agak rapat juga sebab semasa saya belajar di ITM Shah Alam dulu (kini dikenali sebagai UiTM), saya banyak menghabiskan masa di rumah meraka di Jalan Klang Lama. Pak Chu sebenarnya baru aje discharge dari hospital sebab sakit tulang belakang kat bahagian pinggang. Kata doktor, ada kuman kat situ. Kesian tengok Pak Chu, badannya dah kurus, berjalan pun dah perlukan sokongan. Masa kami pergi melawat ari tu, keadaannya dah banyak berubah, dah bertambah baik walaupun berjalan terpaksa menggunakan tongkat. Pak Chu ni seorang yang amat aktif di kawasan kediamannya. Itu sebabnya tak putus2 orang datang menziarah. Masa kami sampai hari tu, penuh rumah tu dengan jiran tetangga yang datang melawat. Terpaksa kami menggunakan pintu belakang untuk masuk ke rumah.


Pak Chu Zamri


Wan Chu Azizah


Kami yang datang melawat...


2 comments:

Unknown said...

salam Azita...tahniah diatas kejayaan Ayong..tentu berbaloi dengan usaha beliau.
Sebagai ibubapa tentu kamu bangga atas kejayaan anak kamu dan semuga menjadi pendorong kepada anak-anak yang lain..
wah jauhnya berjalan..semuga pak chu kamu cepat sembuh.

Azita Zain said...

waalaikumsalam kak ina. terima kasih utk ucapan tu. dan insyaallah, pak chu dah beransur sihat...