Alhamdulillah! Selamat sudah majlis ilmu yang pertama anjuran Akhwatul Muslimah Taman Pasir Putih (AMTPP). Majlis ilmu pertama kami bertajuk "Muhasabah Diri Melalui Amalan Kesihatan & Cabaran Masa Depan" oleh penceramah jemputan Puan Nordahlia Ahmad Ibrahim, seorang Perunding Profesional RK-i (Pusat Rawatan Komplementari Insaniah). Majlis telah diadakan di kediaman Puan Khadijah Mohamad di Jalan Selayang 12. Terima kasih kepada Kak Jah yang telah sudi menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah pertama majlis ilmu ini.
Yang bertudung dan berjubah hitam itulah Kak Jah!
Inilah penceramah jemputan kali ini, Puan Nordahlia Ahmad Ibrahim.
Majlis kami bermula jam 2:15 petang. Ramai tetamu yang hadir memenuhi setiap ruang rumah. Masing2 khusyuk mendengarkan penerangan yang diberikan oleh penceramah. Amat tidak membosankan kerana diselitkan dengan jenaka2 ringan. Waktu ini, saya bertugas sebagai jurugambarlah konon2nya. Dengan menggunakan kamera digital saya tu, saya cuba untuk merakamkan video ceramah tetapi tentulah masing2 dah dapat agak apa yang terjadi agaknya. Dapat rakamkan separuh jalan saja sebab "memory full". Ruginya rasa sebab memang banyak sangat yang dapat dipelajari dari ceramah beliau. Semuanya berkaitan dengan kesihatan yang berkaitan dengan amalan harian dan juga kaitannya dengan warna2 alam. Nampak gayanya, saya kena cari memory card yang lebih besar saiznya. Hmmmm..teringat pulak ada Pikom PC Fair sedang berlangsung di Persada Johor. Mesti nak ajak hubby hari Ahad nanti!
Tetamu yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan...
Sampai menongkat dagu! Nasib baik tak ada yang ternganga...!!!
Kak Izan sebagai MC seperti majalis2 yang lalu. Kak Pah (baju oren bertudung kotak2) menerajui majlis tahlil ringkas untuk arwah ayahanda Kak Jah yang baru meninggal dunia. Juga sedikit cenderahati kepada penceramah.
Menjamu selera setelah tamat majlis cermah dan tahlil ringkas...
Antara juadah yang disediakan. Macam2 ada...!
No comments:
Post a Comment